loader image

Autoriti Informasi Wanita

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Jerawat memang antara perkara yang boleh mengganggu penampilan seseorang itu kerana ianya kerap kali muncul di bahagian wajah. Ianya sama sekali dapat mengurangkan keyakinan diri seseorang itu malah membuatkan diri sendiri rasa kurang selesa. Cara menghilangkan jerawat di dahi ini mudah sahaja. Tetapi sebelum saya kongsikan cara menghilangkan jerawat di dahi ini, anda perlu tahu dulu punca kemunculan jerawat di dahi ini.

Jerawat di dahi ini kebiasaannya berpunca daripada stress yang berlebihan yang mengganggu fikiran. Selain itu, masalah hormon yang tidak stabil juga boleh menjadi faktor utama timbulnya jerawat di dahi. Faktor lain yang menyebabkan jerawat naik di bahagian dahi ini adalah kerana kelenjar minyak yang masih aktif ataupun bakteria yang menempek pada pori-pori kulit. Kebiasannya jerawat pasir sering naik di bahagian ini.

Lemon

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Lemon adalah bahan semula jadi yang paling efektif untuk merawat muka daripada jerawat lagi-lagi di bahagian dahi. Lemon memiliki pelbagai nutrisi yang sangat diperlukan kulit bagi mengatasi berbagai-bagai jenis jerawat. Lemon merupakan bahan herba yang anti-bakteria dan anti-mikroba yang sangat berkesan dalam membunuh bakteria serta kuman yang menyebabkan jerawat di dahi.

Selain itu, lemon juga memiliki kandungan citric acid yang mempunyai manfaat untuk membuang sel kulit mati dan menumbuhkan sel-sel kulit yang baru. Ia juga dapat menyingkirkan minyak berlebihan yang menjadi punca pertumbuhan jerawat di dahi.

Daun Cendana

Mungkin anda kurang tahu tentang daun cendana ini. Pokok cendana telah lama dikenali sebagai tanaman yang menghasilkan kayu dan minyak. Menariknya, daun cendana ini memiliki manfaat untuk kesihatan kulit terutama sekali merawat jerawat di muka. Daun cendana merupakan cleansing agent yang dipercayai boleh menyingkirkan segala kotoran dan debu yang terdapat di dahi anda.

Selain daripada itu, daun cendana juga merupakan antiseptik semula jadi yang berguna untuk menyingkirkan jerawat, bekas jerawat, komedo dan bintik hitam di wajah dan dahi sehingga ianya dapat digunakan sebagai cara menghilangkan jerawat di dahi. Daun cendana juga merupakan astringent semula jadi yang akan melindungi kulit anda daripada segala jenis jerawat, kulit kemerahan, luka dan segala jenis tanda alergi pada kulit.

Tomato

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Tomato juga merupakan bahan semula jadi yang tidak asing lagi dengan kehebatan dan kemampuannya dalam mengatasi masalah kulit anda. Apa yang membuktikan tomato elok untuk kulit dan menghilangkan jerawat di dahi? Ini kerana tomato mengandungi pelbagai jenis vitamin termasuklah vitamin A, C, E, K, B1, B2, B3 dan B6 yang boleh menyihatkan kulit anda secara keseluruhan dan mengecutkan jerawat di dahi dengan cepat.

Tomato juga mampu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dengan cepat. Ia turut mempunyai kandungan antioksida yang tinggi sehinggakan ianya mampu untuk mencegah radikal bebas yang boleh menyebabkan peradangan pada kulit wajah anda.

Asam Jawa

Selain daripada digunakan sebagai rempah, asam jawa sebenarnya dapat juga digunakan untuk memulihkan kulit anda. Asam jawa ini sangat berguna untuk menghilangkan jerawat di dahi kerana ia memiliki sifat anti-inflamasi yang boleh mencegah peradangan pada jerawat dan mengatasi jerawat daripada meradang di dahi. Vitamin C yang terkandung dalam asam jawa akan membantu menghasilkan kolagen pada kulit.

Ia juga boleh menghaluskan dan menegangkan kulit secara semula jadi sehingga mampu mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Asam jawa ini merupakan antiseptik alami yang mampu membuang segala kotoran, debu dan bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat sekaligus mempercepatkan proses pengempisan dan pengeringan jerawat.

Ais Batu

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Anda mesti tahu tentang penggunaan ais batu sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat di dahi. Ianya merupakan cara yang paling jimat dan selamat untuk digunakan. Apabila kulit anda timbul jerawat, letakkan ais batu di jerawat tersebut dan jerawat anda akan mengecut. Ini kerana, ais batu mempunyai kemampuan anti-inflamasi yang dapat mencegah daripada terjadinya peradangan pada jerawat.

Lidah Buaya

Lidah buaya boleh dipakai untuk mengatasi kulit kering, sensitif, berminyak, kombinasi ataupun kulit berjerawat. Secara keseluruhannya, lidah buaya ini sangat sesuai dengan apa jenis kulit sekalipun. Zat anti-mikroba yang terkandung dalam lidah buaya dapat membunuh bakteria dan menghilangkan jerawat dengan cepat.

Jerawat muncul kerana terdapat penumpukan kotoran dalam liang pori-pori. Lidah buaya dapat mengecilkan liang pori-pori kulit sehingga ianya dapat mencegah daripada kemasukan sisa mekap, debu dan kotoran ke dalamnya.

Putih Telur

Enzim yang terdapat di dalam putih telur dapat membasmi bakteria yang menjadi penyebab kemunculan jerawat di dahi sekaligus mengeringkan jerawat dengan cepat. Selain itu juga, kandungan amino acid dan lysosomal enzymes di dalam putih telur dapat membantu mengecilkan pori-pori kulit sehingga ia mengurangkan kotoran minyak yang dihasilkan dan membersihkan kotoran pada kulit wajah.

Cuka Epal

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Cuka epal atau apple cider vinegar ini merupakan cara menghilangkan jerawat di dahi yang berkesan. Ini kerana, cuka epal mengandungi acid ringan yang memberikannya sifat astringent iaitu zat yang mampu membuat suatu jaringan berkontraksi atau mengering. Kandungan astringent ini juga dapat mengecut dan menghilangkan jerawat dengan cepat.

Selain itu juga, cuka epal ini juga dapat membantu menstabilkan kadar pH pada kulit anda. Antara salah satu sebab dahi berjerawat adalah kerana tahap pH-nya tidak stabil. Sekiranya tahap pH sudah kembali ke tahap yang seharusnya, maka kulit wajah akan bekerja secara normal dan tidak akan menimbulkan jerawat lagi.

Minyak Tea Tree

Minyak tea tree ini sering dipakai sebagai serum wajah. Minyak dari pokok teh ini sangat berguna untuk merawat iritasi kulit dan sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah jerawat di dahi. Aplikasikan minyak tea tree ini sebelum tidur ataupun sebelum mengenakan solekan di muka.

Ubat Gigi

Pernah tak anda terfikir untuk menggunakan ubat gigi di bahagian selain daripada gigi? Mungkin anda tidak tahu, berdasarkan fakta, ubat gigi dapat digunakan di tempat lain selain gigi sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat dan komedo. Hanya perlu sapukan ubat gigi ini pada jerawat anda dan biarkannya sehingga kering. Kemudian, bilaskannya sehingga bersih.

Tanah Liat

Punca Dan Cara Menghilangkan Jerawat Di Dahi Yang Berkesan

Akhir sekali adalah penggunaan tanah liat untuk menghilangkan jerawat di dahi. Tanah liat mengandungi banyak manfaat semula jadi yang baik untuk kulit. Salah satu manfaatnya adalah dengan membasmi jerawat.

Faktor dalaman seperti ketidakseimbangan hormon mempengaruhi minyak berlebihan yang menghalang kulit liang dan juga sel-sel kulit mati. Bakteria yang menyerang akan memakan sel-sel kulit mati dan memburukkan lagi jerawat. Tanah liat mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang boleh menghalang bakteria daripada terus hidup di kulit muka.

Jom kembalikan semula kulit dahi yang bersih, halus dan mulus dengan menggunakan 11 cara menghilangkan jerawat di dahi yang telah dikongsikan ini. Jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya jerawat tidak mudah muncul di dahi anda.