loader image

Autoriti Informasi Wanita

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Menstruasi merupakan proses keluarnya darah dari dalam rahim yang terjadi kerana luruhnya lapisan dinding rahim bahagian dalam yang banyak mengandungi pembuluh darah dan juga sel telur yang tidak dibuah oleh sperma.

Menstruasi ini pasti akan terjadi kepada semua wanita yang normal. Kitaran haid yang normal akan berlangsung selama 28 hari tetapi sesetangah wanita mengalami kitaran dengan waktu yang lebih lama atau lebih cepat. Kitaran yang teratur akan datang setiap 24 hingga 38 hari.

Akan tetapi, sekiranya anda mengalami datang bulan yang tidak menentu, ianya dikatakan sebagai haid yang tidak teratur. Jangan panik, sebelum anda mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, anda perlu tahu terlebih dahulu puncanya supaya anda dapat mengelakkan daripada ianya terus terjadi.

Terlalu Stres

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Penyebab utama haid tidak teratur ini adalah berkemungkinan kerana anda mengalami stres yang terlampau. Ketika anda mengalami stres, tubuh anda akan mencegah proses ovulasi. Hal ini juga boleh berpunca daripada trauma yang anda alami. Stres boleh menyebabkan hormon seks seperti estrogen terganggu.

Selain itu, tingkat hormon perancang folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH) anda menurun. Perkara ini akan mencegah pembentukan lapisan rahim. Oleh itu, sekiranya anda tidak datang haid, ini kerana tubuh anda menghasilkan hormon stres (kortisol) semasa anda stres yang menghalang produksi hormon seks. Badan anda tidak boleh menghasilkan hormon stres dan hormon seks pada waktu yang sama.

Diet Yang Tidak Sihat

Selain daripada itu, punca anda mengalami haid yang tidak teratur mungkin adalah kerana pola makan yang tidak elok. Diet yang seimbang sangat penting untuk wanita terutamanya bagi wanita yang ingin cepat hamil. Diet yang rendah nutrisi dan antioksidan akan membuatkan haid anda menjadi tidak teratur. Diet yang tidak seimbang akan mengeluarkan kortisol.

Sekiranya anda sering mengalami haid yang tidak teratur, pastikan anda mengubah cara pemakanan anda dan makan makanan yang mengandungi protein dan antioksidan yang tinggi. Diet yang sihat juga dapat memperbaiki fungsi sistem reproduksi anda.

Berat Badan Turun Atau Tambah Dengan Drastik

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Apabila anda mengalami kenaikan ataupun kehilangan berat badan yang sangat drastik, ianya akan mengganggu kitaran menstruasi anda sama ada ianya akan datang lebih awal atau lebih lewat daripada biasa. Terlalu sedikit lemak boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan sekaligus menjadikan haid anda tidak teratur. Lemak di tubuh berperanan penting dalam menghasilkan estrogen yang cukup.

Jadi, wanita yang bulimia atau anoreksia lebih cenderung untuk mengalami menstruasi yang tidak teratur. Diet yang rendah kalori juga boleh menyebabkan kekurangan nutrisi. Hal ini akan menyebabkan penurunan lemak tubuh dan kereputan tulang. Akan tetapi kenaikan berat yang terlalu drastik juga boleh menjadi punca haid yang tidak teratur.

Senaman Berat Yang Intensif

Di samping itu juga, terlalu banyak senaman juga memberikan tekanan pada kelenjar adrenal dan pituitari anda dan ia akan menghasilkan hormon stres. Walaupun anda ingin kelihatan langsing, jangan sesekali anda mengabaikan kesihatan reproduksi anda. Senaman intensif seperti maraton juga boleh menyebabkan menstruasi anda menjadi tidak teratur.

Penyakit Tiroid

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang menciptakan ketidakseimbangan hormon seks. Hipotiroidisme (kekurangan tiroid) dan hipertiroidisme (tiroid berlebihan) adalah antara punca haid menjadi tidak teratur. Terlalu banyak hormon stres beredar dalam tubuh boleh menghasilkan gangguan hormon. Ini bermakna anda boleh mengalami menstruasi yang tidak teratur akibat kelainan tiroid.

Pil Kontrasepsi

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Sekiranya anda sering mengambil pil KB untuk mencegah kehamilan, pil kontrasepsi pula akan mempertahankan tingkat estrogen tinggi dalam tubuh anda. Anda akan mengalami bintik-bintik. Malah setelah anda berhenti mengambil pil itu, anda memerlukan waktu berbulan-bulan untuk mengembalikan dan mendapatkan kitaran haid yang normal. Tubuh anda juga akan bereaksi seperti anda sedang hamil.

Polycystic Ovarian Syndrome

Polycystic ovarian syndrome (PCOS) ini adalah keadaan di mana cyst sangat kecil berkembang di ovarium. Anda boleh mengalami kitaran haid yang tidak teratur akibat daripada keadaan ini. Wanita yang mengalami PCOS ini kebiasaannya tidak berovulasi secara teratur sekaligus menjadikan menstruasi anda tidak teratur.

Ovulasi merupakan proses ketika salah satu ovari anda mengeluarkan sel telur. Apabila proses ini tidak terjadi, maka hal itu akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.

Alergi Makanan

Sensitiviti gluten dan penyakit celiac adalah diantara beberapa sebab kitaran haid anda menjadi tidak teratur kerana ianya menyebabkan stres yang kronik pada kelenjar adrenal. Keadaan ini mempengaruhi hormon seks dan juga kitaran menstruasi anda.

Anemia Parah

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Akhir sekali, punca haid yang tidak teratur adalah sekiranya anda mengalami anemia yang parah. Anemia adalah keadaan di mana kadar hemoglobin dalam darah anda rendah. Anemia yang teruk akan memberikan kesan yang lebih jauh dari sekadar merasa lelah. Hal ini juga membuatkan haid anda menjadi tidak teratur.

Anda sudah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur. Jadi, anda perlu mengetahui bagaimana caranya untuk anda mengatasi dan mengembalikan semula kitaran menstruasi anda supaya menjadi normal.

Yoga

Gerakan yogo ini dipercayai dapat mengembalikan semula kitaran haid anda kepada normal. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa rutin yoga ini mampu menyeimbangkan hormon sehingga mencegah kitaran haid daripada berterabur. Oleh itu, gerakan yoga boleh mengatasi masalah haid tidak teratur. Selain itu, yoga juga juga dapat mengurangkan rasa sakit ketika datang bulan.

Rutin Olahraga

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Olahraga bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah ianya dapat menjaga berat badan serta merawat dari polycystic ovarian syndrome (PCOS). Jadi, lakukanlah rutin olahraga supaya ianya dapat mengatasi masalah menstruasi anda yang tidak teratur. Anda boleh menjalani rutin ini dengan cara jogging di sekitar rumah ataupun pejabat selama 30 minit sehari. Anda juga boleh mencuba olahraga kardio seperti berenang.

Makan Nanas

Buah nanas memang menjadi salah satu cara untuk merawat maslah menstruasi. Nanas mengandungi bromelain iaitu enzim yang dapat melembutkan lapisan rahim sehingga menstruasi anda menjadi teratur. Selain itu juga, molekul protein yang terdapat pada nanas dipercayai dapat meredakan sakit datang bulan.

Namun, tidak banyak penilitian yang menyatakan ianya dapat mengembalikan kitaran haid anda menjadi teratur. Tetapi, tidak salah sekiranya anda mencuba. Anda digalakkan untuk mengambil sebanyak sekurang-kurangnya 80 gram buah nanas sehari.

Minum Cuka Epal

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Rasa pahit yang terdapat pada cuka epal ini ternyata mampu mengatasi masalah menstruasi yang tidak teratur. Satu kajian yang dilakukan pada 2013 menyatakan bahawa minum 15 mililiter cuka epal dapat mengembalikan kitaran haid anda.

Dengan meminum cuka epal juga boleh membantu menurunkan berat badan, gula darah dan juga kadar insulin. Anda disarankan untuk meminum cuka epal ini dengan campuran madu dan air secukupnya untuk menghilangkan rasa pahit cuka epal itu.

Mengambil Vitamin

Anda juga digalakkan untuk mengambil vitamin D untuk mengatasi masalah haid tidak teratur ini. Vitamin yang terdapat di dalam kuning telur, susu dan juga minyak ikan ini dipercayai akan mengembalikan semula kitaran haid anda kepada normal.

Selain itu, vitamin B juga sering disyorkan kepada para wanita yang ingin mengubah menstruasi mereka menjadi normal. Oleh itu, memakan makanan yang mengandungi vitamin B seperti jagung ini boleh mengurangkan gejala pra-menstruasi.

Menjaga Berat Badan

Punca Haid Tidak Teratur Dan Cara Mengatasinya

Selain daripada melakukan olahraga, menjaga berat badan juga sangat penting. Berat badan yang turun atau naik dengan drastik akan menyebabkan kitaran haid anda terjejas. Oleh itu, apabila anda merasa berat badan anda menjadi sumber ketidakteraturan menstruasi anda, jumpalah dengan doktor untuk mengetahui berat badan ideal anda dan bagaimana cara untuk mengatur diet diri anda.