loader image

Autoriti Informasi Wanita

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Serviks atau juga dipanggil pangkal rahim merupakan organ reproduksi wanita. Ianya adalah bahagian sempit yang terletak di bawah uterus (rahim) yang memanjang ke dalam vagina. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim merupakan bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Kanser pangkal rahim ataupun lebih dikenali sebagai kanser serviks ini merupakan antara barah yang kedua paling kerap berlaku kepada para wanita selepas kanser payudara. Ia disebabkan oleh pertumbuhan luar biasa sel-sel yang mempunyai kebolehan untuk menyerang dan juga merebak ke bahagian badan yang lain.

Kanser pangkal rahim ini terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu Squamous Cell Carcinoma dan Adenocarcinoma. Squamous Cell Carcinoma merupakan barah pangkal rahim yang sering berlaku iaitu hampir 90%. Ianya bermula dari dalam skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

Adenicarcinoma pula adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang sekali berlaku. Ianya bermula dari dalam sel glandular. Barah jenis ini boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Sesetengah orang keliru dan tidak dapat membezakan antara kanser ovari dan kanser pangkal rahim ini. Kedua-duanya adalah berbeza. Kanser pangkal rahim melibatkan bahagian serviks iaitu bahagian tengah dan atas rahim. Manakala kanser ovari pula melibatkan ovari iaitu organ pembiakan yang berada di sebelah rahim.

Terdapat beberapa punca terjadinya kanser pangkal rahim ini. Antara punca dan faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap menyakit kanser pangkal rahim ini termasuklah:

  1. Jangkitan Human Pilloma Virus (HPV). Ianya merupakan faktor risiko utama mendapat kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah jangkitan HPV. HPV ini dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan kelamin.
  2. Hubungan kelamin pada usia yang muda.
  3. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah.
  4. Wanita yang bertukar-tukar pasangan dalam melakukan hubungan kelamin.
  5. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko menghidap kanser serviks. Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
  6. Wanita yang mengandung lebih dari lima kali.
  7. Wanita yang tidak menjaga kebersihan alat sulit mereka.
  8. Jangkitan Human Immunodeficiciecy Virus (HIV). Wanita yang dijangkiti dengan HIV lebih berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim atau kanser serviks.
  9. Herpes. Wanita yang mendapat jangkitan virus herpes di bahagian kemaluannya juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
  10. Ubat-ubatan. Anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) ketika sedang hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat kanser serviks.
  11. Wanita yang merokok juga turut meningkatkan risiko kanser pangkal rahim ini sebanyak empat kali ganda.

Kebanyakan wanita tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom pada peringkat awal barah pangkal rahim ini. Simptom barah ini selalunya dirasai sendiri oleh pesakit sehinggalah ianya telah merebak ke tisu dan organ lain. Jadi, di sini saya nyatakan kemungkinan tanda-tanda atau gejala kanser serviks.

Pendarahan Selepas Menopaus

Ini merupakan antara tanda-tanda yang paling jelas terutamanya sekiranya berlaku pendarahan selepas menopaus. Kebanyakan wanita tidak mengambil berat hal ini kerana ingat mereka didatangi haid semula. Jika perkara ini berlaku kepada anda, segeralah membuat pemeriksaan agar doktor dapat mengesahkan penyakit ini lebih awal sebelum ianya merebak.

Pendarahan Haid Yang Berlarutan Dan Lebih Banyak Dari Biasa

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Ianya sangat tidak normal sekiranya anda perlu menukar pada setiap dua jam kerana pendarahan haid yang terlalu banyak. Hal ini berkemungkinan penyakit fibroid, polyp, ketidakseimbangan hormon ataupun endrometriosis. Sekiranya ianya berlanjutan, sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dengan segera.

Pendarahan Atau Keluar Cecair Tidak Normal Dari Faraj

Pendarahan yang tidak normal ini bermakna ianya mungkin berlaku sebelum tempoh haid ataupun selepas anda membuat hubungan kelamin pada bila-bila masa. Cecair yang keluar dari faraj juga berkemungkinan tanda barah rahim yang paling kerap terjadi. Cecair ini mungkin berbau agak kurang menyenangkan termasuklah dengan darah ataupun dalam bentuk keputihan.

Sakit Ketika Melakukan Hubungan Kelamin

Sekiranya anda mengalami rasa sakit yang berlebihan semasa melakukan hubungan kelamin, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar. Ini kerana hal ini mungkin berkaitan dengan tanda-tanda kanser serviks.

Sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kanser pangkal rahim ini, terdapat beberapa cara untuk merawatnya. Rawatan kanser serviks ini bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan yang berlaku, tahap rebakan barah dan juga juga tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk kanser adalah pembedahan, terapi radiasi dan juga kemoterapi.

Pembedahan

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Dalam pembedahan, doktor akan membuang barah tisu tersebut. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pagkal rahim, terdapat beberapa prosedur yang sering digunakan:

Conization iaitu menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ianya boleh digunakan untuk membuang microinvasive cervical cancer.

LEEP iaitu menggunakan elektirk melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk. Ianya boleh digunakan untuk membuang microinvasive cervical cancer.

Hysterectomy iaitu pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy ini boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim ataupun radical hysterectomy, di mana pembedahan ini melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan juga tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysteractomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvik. Sekiranya perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salur falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

Radioterapi

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah juga adalah salah satu rawatan yang boleh digunakan. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. Ianya juga mungkin untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu di sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah.

Radioterapi ini berkemungkinan juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang sering terjadi termasuklah letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), loya, muntah, hilang selera makan, ketidakselesaan ketika buang air kecil dan juga cirit birit.

Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) termasuklah sakit perut dan usus tersumbat. Kebiasaannya, kebanyakan kesan sampingan ini akan hilang selepas rawatan tamat.

Kemoterapi

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Rawatan kemoterapi ini adalah rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada terus bertambah.

Kesan sampingan yang sering berlaku adalah loya dan muntah, hilang selera makan, letih dan lesu, cirit birit, bilangan sel darah rendah, pendarahan atau lebam selepas luka kecil ataupun cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan ataupun kaki, sakit kepala, keguguran rambut dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kebiasaannya, kesan sampingan ini akan hilang selepas rawatan lengkap.

Rawatan Paliatif

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Rawatan paliatif ini pula mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ianya amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

Vaksin HPV

Punca, Simptoms Dan Cara Merawat Kanser Serviks

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Terdapat dua jenis vaksin pada masa ini iaitu gardasil dan cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu daripada dijangkiti kuman HPV iaitu penyebab utama kanser serviks. Akan tetapi, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini.

Sebaik-baiknya, vaksin ini diberi kepada remaja perempuan dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan kelamin. Vaksin HPV ini kurang berkesan untuk wanita yang berumur 26 tahun ke atas.