loader image

Autoriti Informasi Wanita

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba. Pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu Ramadhan yang lepas. Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang penuh dengan barakah di mana semua muslimin dan muslimat berpusu-pusu untuk melakukan amal ibadah bukan sahaja amalan wajib malah amalan sunat juga.

Selain daripada beribadah, pasti ramai yang tertunggu-tunggu waktu berbuka puasa dan pelbagai juadah yang hanya boleh didapati semasa bulan Ramadhan. Saya pasti ramai yang sedang mencari tempat berbuka puasa yang best dan berbaloi di sekitar kawasan anda. Kebanyakan tempat seperti hotel, restoran dan dewan tekemuka kebiasaannya akan mengadakan buffet Ramadhan sempena bulan puasa ini bagi memudahkan untuk orang ramai menikmati iftar bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan juga orang tersayang.

Kenapa kebanyakan tempat akan membuat buffet daripada set makanan seperti biasa? Ini kerana buffet adalah sistem layanan diri dan kebiasaannya anda boleh menikmati hidangan yang disajikan sebanyak mana yang anda mahukan. Selalunya, makanan akan dihidangkan disuatu tempat yang disediakan dan orang ramai akan melayan diri untuk mengambil juadah yang mereka inginkan.

Konsep Warung Di Sri Astana Cyberjaya

Seperti tahun sebelumnya, Sri Astana Cyberjaya juga tidak terlepas untuk membuat buffet Ramadhan pada bulan Ramadhan. Saya berkesempatan untuk menjenguk dan menikmati juadah yang disediakan semasa Majlis Grand Food Tasting dan Buffet Ramadhan yang dijalankan. Pada tahun lepas, ianya mendapat sambutan ramai dan dikatakan sangat berbaloi untuk melawatinya. Ramai pengunjung yang hadir memberikan respon yang positif terhadap buffet Ramadhan yang diadakan.

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya

Terdapat lebih kurang lima puluh hidangan yang disediakan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan tersebut. Di Sri Astana Cyberjaya, mereka mengenakan ‘konsep warung’ dengan sajian Asia Tenggara. Jadi, terdapat warung-warung kecil disediakan di sana yang disenaraikan mengikut hidangan tempatan dan hidangan negara Asia yang lain. Banyak sangat pilihan sampai saya tak tahu nak makan yanga mana satu.

Hidangan yang disediakan termasuklah ayam butter, daging salai masak lemak, tenggiri asam pedas, ikan bakar, udang sambal, roti jala, keropok lekor, gulai kawah, pulut kuning dan juga Vietnam spring roll. Tidak lupa juga, menu istimewa mereka iaitu kambing golek yang ternyata menjadi pilihan ramai pengunjung.

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya

Selain itu, terdapat juga pencuci mulut yang disediakan untuk pengunjung termasuklah buah-buahan, kuih-muih tradisional dan moden, ais krim, cendol, kek dan juga puding. Pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai hidangan-hidangan yang lazat ini kan? Dengar cerita, pada tahun ini, Sri Astana Cyberjaya masih mengekalkan konsep yang sama pada tahun ini. Jadi, apa tunggu lagi, bolehlah anda membuat tempahan segera.

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya

Bagi anda yang risau takut tidak sempat untuk menunaikan solat dan sebagainya, jangan risau. Di Sri Astana, surau dan tandas disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung di sana. Terdapat imam jemputan yang akan memimpin solat Maghrib, Isyak dan juga solat terawikh berjemaah. Sambil anda menikmati juadah berbuka puasa anda, Sri Astana turut mengadakan persembahan nasyid ataupun tazkirah Ramadhan mengikut hari-hari yang ditetapkan.

Review Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya

Suasana di Sri Astana Cyberjaya ini juga sangat menarik dan tenang. Bertemakan ‘garden’, anda tentu akan berasa seronok ditemani keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. Kemudahan tempat letak kereta, surau dan tandas yang selesa dan luas menjamin kesejahteraan ketika anda berada di sana.

Untuk tahun ini, pihak Sri Astana Cyberjaya akan mengadakan acara seperti cabutan bertuah dan pengunjung yang hadir berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik daripada mereka. Tambahan pula, mereka turut mengadakan program berbuka sambil berinfak untuk para pengunjung.

Sri Astana Cyberjaya juga ada mengadakan diskaun promosi untuk tempahan awal. Hanya RM68 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. Manakala, untuk warga emas dan OKU dewasa pula hanyalah RM48 dan OKU kanak-kanak berharga RM28. Tempah sekarang untuk mendapatkan harga diskaun Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya.

Jom tengok video di bawah ini dan lihat betapa berpuas hatinya pengunjung ini dapat menikmati Buffet Ramadhan Sri Astana Cyberjaya pada tahun lepas.

Untuk pengetahuan anda, Sri Astana Cyberjaya juga menawarkan pakej perkahwinan lengkap. Anda boleh berkunjung ke laman utama Sri Astana Cyberjaya di sini.