loader image

Autoriti Informasi Wanita

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Kemeja polo merupakan sejenis baju berkolar yang mempunyai belahan di leher dengan dua atau tiga butang dan kebiasannya mempunyai poket pilihan. Baju polo ini selalunya berlengan pendek dan pada asalnya digunakan oleh pemain polo semasa tahun 1920an dahulu.

Kemeja polo ini diperbuat daripada knitted cotton bukannya woven cloth. Kebiasaannya ia menggunakan Pique knit ataupun interlock knit. Kain kapas yang sering digunakan walaupun tidak berapa eksklusif adalah dengan menggunakan pima cotton polos ataupun menggunakan fibres seperti sutera, merino wool, synthetic fibres ataupun campuran gentian semulajadi dan sintetik.

Sejarah Baju Polo

Pada akhir abad ke 19, aktiviti luar menjadi antara perkara penting bagi kelas pemerintah British. Seluar Johdpur dan baju polo menjadi sebahagian daripada pakaian wajib yang terdapat dalam almari pakaian mereka untuk aktiviti sukan yang berkaitan kuda. Kedua-dua pakaian tersebut dibawa pulang dari India oleh Bristish bersama dengan permainan polo.

Jadi, India sebenarnya merupakan negara asal di mana baju kemeja polo ini pertama kali ditemui. Pada tahun 1880, askar British yang berpangkalan di India telah menyaksikan sebuah perlawanan polo. Semasa permainan itu, pemain-pemain tersebut telah mengenakan pakaian baju kapas berlengan panjang dan berkolar yang mempunyai butang. Askar inilah yang membawa pulang idea baju tersebut ke England dan seterusnya menjadikannya sebagai produk dan dinamakan baju polo.

Pada lewat tahun 1800, John E Brooks telah membawa baju tersebut ke Amerika Syarikat dan sejak itulah kemeja polo ini telah menjadi sebahagian pakaian wajib oleh lelaki di sana.

Rekaan Baju Tenis

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Lewat abad ke 19 dan awal abad ke 20, pemain tenis kebiasaaannya memakai baju tenis putih yang terdiri daripada baju kemeja putih berlengan panjang dan seluar kain flannel bersama dengan tali leher. Pakaian ini telah menunjukkan masalah dan ketidakselesaan oleh pemain ketika perlawanan tenis berlangsung.

Salah seorang pemain tenis dari Perancis, Rene Lacoste inginkan baju baru yang lebih selesa dan sesuai untuk dipakai ketika pertandingan kerana baju seragam yang dipakai oleh pemain tenis pada ketika itu tidak berapa selesa dan ianya membataskan pergerakan untuk bermain.

Oleh itu, beliau mencipta baju yang menggunakan rekabentuk kemeja polo akan tetapi jenis kain baju tersebut telah diubah kepada kain mesh kerana ianya lebih longgar dan mempunyai pengudaraan yang lebih baik berbanding dengan kain kapas.

Baju yang direka ini juga mempunyai fizik yang sama seperti kemeja polo tetapi mempunyai panjang belakang yang sedikit panjang berbanding bahagian depan yang dipanggil sebagai tennis tail. Beliau memakai rekabentuk baju ini pada tahun 1926 ketika Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat.

Bermula pada tahun 1927, Lacoste meletakkan lambang buaya di dada kiri baju polo beliau. Pada ketika itu, surat khabar Amerika mula memanggilnya dengan gelaran “The Crocodile”. Pada tahun yang sama, beliau telah memenangi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat. Oleh kerana kemenangan itu, kemeja polo beliau mendapat perhatian ramai.

Pada tahun 1933, selepas bersara daripada tenis profesional, Lacoste telah bekerjasama dengan Andre Giller, seorang peniaga pakaian untuk memasarkan baju itu ke Eropah dan Amerika Utara. Mereka membentuk syarikat Chemise Lacoste. Sejak dari itulah mereka mula memasarkan baju mereka yang terdapat sulaman buaya kecil di bahagian kiri dada.

Pakaian Pemain Polo

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Pemain polo memakai kemeja lengan panjang yang tebal yang diperbuat daripada kain kapas Oxford sehinggalah pada awal abad ke 20. Kemeja ini adalah kemeja pertama yang mempunyai butang di bahagian kolar. Ianya dicipta oleh pemain-pemain polo pada akhir abad ke 19 untuk mengelakkannya daripada ditiup angin dan melibasnya ke leher.

Presiden awal Brooks Brothers, John Brooks perasan tentang kemeja polo ini semasa perlawanan polo di England dan mula menghasilkan baju seperti itu pada tahun 1896. Brooks Brothers masih menghasilkan gaya kemeja polo berbutang di kolar ini namun ianya mempunyai masalah yang sama seperti pakaian tenis awal kerana ianya tidak selesa dipakai ketika di padang.

Pada tahun 1920, Lewis Lacey, seorang Kanada yang merupakan penjual barang-barang keperluan jahitan dan pemain polo mula menghasilkan baju yang bersulam dengan lambang pemain polo, rekabentuk yang berasal dari Hurlington Polo Club di Buenos Aires. Pemain polo mempunyai seragamnya yang tersendiri iaitu kemeja polo dan sepasang seluar putih dan ia sebenarnya merupakan tambahan kepada sukan polo baru-baru ini.

Sehinggalah pada tahun 1940an, kemeja untuk seragam polo secara umumnya sangat kosong tanpa tulisan, nombor ataupun logo. Untuk membezakan pasukan polo antara satu sama lain, beberapa baju kemeja polo mempunyai jalur mendatar dan yang lain memakai jalur warna berbelang menegak.

Kemunculan Ralph Lauren

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Pada tahun 1972, Ralph Lauren telah memasukkan baju kemeja polo beliau sebagai sebahagian penting dalam original line Polo. Dengan itu, populariti baju polo semakin melonjak naik. Walaupun ianya tidak dirancang secara terperinci untuk digunakan oleh pemain polo, baju polo Ralph Lauren ini telah menjadi pakaian normal untuk pemain polo.

Turut Digunakan Pemain Golf

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Sepanjang separuh terakhir abad ke 20, baju pemakaian golf menjadi semakin kasual. Baju tenis dijadikan sebagai pemakaian standard golf. Banyak padang golf dan kelab-kelab negara memerlukan pemain memakai baju golf sebagai sebahagian daripada kod pakaian mereka.

Lebih-lebih lagi, Lacoste menghasilkan baju tenis dalam pelbagai pemotongan golf telah menghasilkan rekabentuk spesifik baju tenis untuk golf dan menjadikannya moniker kemeja golf.

Kemeja golf kebiasaannya diperbuat daripada poliester, campuran kapas-poliester ataupun mercerized cotton. Plaket selalunya mempunyai tiga atau empat butang dan menjadikannya potongannya lebih panjang daripada kemeja polo yang biasa.

Kolar itu kebiasaannya direka menggunakan dua lapisan yang dijahit dengan kain yang sama yang digunakan untuk membuat baju itu berbeza dengan kolar kemeja polo. Kemeja golf sering mempunyai poket di sebelah kiri untuk memegang scorepad dan pensil. Jadi, ianya tidak diletakkan logo di situ.

Baju Polo Sekarang

Sejarah Dan Perkembangan Baju Polo Dalam Dunia Fesyen

Kemeja polo kini telah memasuki kehidupan seharian dan telah berubah menjadi pakaian standard remaja dan dewasa lelaki. Baju kemeja polo ini datang dalam pelbagai gaya. Kaos datang dalam pelbagai warna bersama poket dan tanpa poket. Ianya diperbuat daripada kapas poliester kebiasannya.

Terdapat pelbagai jenama yang telah menawarkan baju jenis polo ini untuk pelanggan mereka. Selain Lacoste dan Polo Ralph Lauren, jenama seperti Crocodile, Sacoor, Adidas, Uniqlo, Fred Perry dan lain-lain lagi. Kemeja polo ini juga turut dihasilkan untuk kanak-kanak dan wanita. Sesetengah jenama mengeluarkan gaya berlengan panjang untuk wanita dan juga lelaki.