loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Kanser ovari juga dipanggil sebagai barah ovari ini merupakan ‘pembunuh senyap’ bagi golongan wanita kerana ianya merupakan salah satu kanser yang paling bahaya. Barah ini menduduki tempat ke 5 kerana membunuh lebih banyak nyawa berbanding kanser yang lain.

Ramai orang pasti keliru dengan kanser ovari dan kanser pangkal rahim (serviks) ini. Kedua-duanya adalah berbeza. Kanser ovari melibatkan ovari iaitu organ pembiakan yang berada di sebelah rahim. Manakala kanser pangkal rahim melibatkan serviks iaitu bahagian tengah dan atas rahim.

Sememangnya, tanda-tanda awal kanser ovari ini agak sukar untuk dikesan walaupun telah banyak kajian telah dilakukan. Sehingga kini, banyak kajian yang mendapati bahawa penyakit ini akan menyerang wanita yang berusia 30 hingga 40 tahun atau mungkin lebih muda dari lingkungan usia itu.

Oleh itu, pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi memerhati perubahan yang dialami badan. Sebagai seorang wanita, apa yang anda perlu perhatikan supaya anda bebas daripada kanser ovari? Ini dia tanda-tanda awal kanser ovari yang anda mungkin tidak perasan. Sebelum kanser ini merebak, jom pantau terlebih dahulu.

Kembung Perut Berterusan

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Sekiranya anda sedar bahawa anda sering mengalami kembung perut melebihi tiga minggu dan anda tidak pernah mengalami keadaan itu sebelum ini, ianya mungkin petanda kepada kewujudan pada bahagian ovari serta disekitarnya. Ianya boleh berlanjutan untuk beberapa bulan walaupun pelbagai ubat telah diambil untuk menghilangkannya.

Sakit Pada Bahagian Bawah Perut (Abdomen) Dan Pelvik Seakan Senggugut

Senggugut yang kritikal boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat seolah-olah urat dan otot perut ditarik, kesakitan di sekitar pelvik dan mungkin menyerang sehingga ke bahagian bawah tulang belakang.

Mengalami sakit ketika datang bulan adalah perkara yang biasa bagi wanita, namun kekejangan yang teruk atau berpanjangan sebelum, ketika dan selepas haid boleh menjadi tanda kanser ovari. Ini merupakan tanda penting yang harus diambil tahu terutamanya wanita pra-menopaus.

Sakit Belakang

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Satu lagi perkara yang berkait rapat dengan datang bulan adalah mengalami sakit belakang. Sakit belakang ini juga boleh disebabkan oleh keadaan atau hari yang stres, tetapi terdapat sesetengah kes sakit belakang atau pinggang ini boleh mengganggu aktiviti harian anda.

Jika anda sudah sapukan minyak atau gel untuk melegakan kesakitan tersebut tetapi masih tidak hilang, ianya mungkin tanda awal kepada barah ovari yang perlu diberikan perhatian serta-merta.

Putus Selera Dan Cepat Berasa Kenyang

Sistem penghadaman juga akan turut terkesan kerana kedudukannya yang agak dekat. Sekiranya anda seorang individu yang suka makan dan tiba-tiba hilang selera dan sukar untuk makan kerana tiada mood melebihi tiga minggu, sila berjumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka.

Sesetengah wanita mungkin akan mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Keadaan ini mungkin berkaitan dengan perubahan yang berlaku pada sistem usus perut ataupun sebagai tanda awal anda menghidap kanser ovari.

Pendarahan Selepas Menopaus

Ini merupakan simptom yang paling jelas. Sekiranya anda mengalami pendarahan selepas menopaus, itu mungkin tanda awal anda menghidapi barah ovari. Selalunya, wanita sering mengambil mudah hal ini apabila selepas menopaus kerana menganggap mereka didatangi haid semula.

Sepatutnya para wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ianya berlaku supaya doktor dapat mengesahkan sama ada ianya penyakit yang serius ataupun tidak. Sekiranya ianya dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak sehingga ke tahap 4.

Haid Tidak Teratur Dan Banyak

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Bagi anda yang belum menopaus, sila ambil perhatian jika secara tiba-tiba haid keluar dengan banyak dan berterusan. Perkara ini adalah disebabkan oleh ovari yang gagal mengeluarkannya secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.

Aliran haid yang banyak ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang lain seperti fibroid atau polyp di uterus, ketidakseimbangan hormon ataupun endrometriosis. Menurut artikel oleh Prevention, ia kebanyakannya berlaku kepada golongan wanita yang lebih muda. Namun, ianya tidak bermakna pendarahan tidak teratur ini tidak berlaku kepada mereka yang sudah menopaus.

Kadang-kala kanser ovari ini boleh merangsang secara berlebihan terhadap pengeluaran estrogen dan ia boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal pada wanita yang telah menopaus. Pendarahan yang teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan kelamin ataupun selepas menopaus. Jika anda mengalami pendarahan tidak normal ini, sila rujuk kepada doktor dengan segera.

Perut Tidak Selesa Dan Ketidakcernaan

Selain daripada kembung perut dan angin, ketidakcernaan juga boleh dikatakan sebagai tanda awal barah ovari. Ianya boleh dirasai seperti pedih ulu hati, sembelit ataupun senak. Sekiranya anda telah mengambil ubat tetapi masih juga tidak selesa, segeralah melakukan check up untuk mengelakkan masalah yang lebih serius.

Badan Mudah Letih

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Walaupun anda sudah berehat dengan cukup, badan anda tetap berasa letih. Nafas anda juga menjadi singkat dan jantung anda sering berdegup lebih laju sedangkan anda tidak melakukan aktiviti yang berat. Anda juga tidak pernah berasa selesu ini.

Laman web kesihatan telah menjelaskan bahawa hal ini mungkin disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan dan badan anda memiliki sel darah putih yang lebih banyak. Keadaan ini dinamakan anemia dan ianya sering berlaku kepada para pesakit kanser.

Kerap Membuang Air Kecil

Kadar air yang anda tetap sama seperti hari-hari lain akan tetapi sejak kebelakangan ini anda cepat sangat terasa mahu membuang air kecil. Baru sahaja beberapa minit tadi anda minum air, tetapi anda sudah terasa ingin buang air. Bukan itu sahaja, sekiranya anda juga turut berasa sakit dan pedih ketika kencing, ianya mungkin tanda awal barah ovari.

Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat daripada pakar sekiranya hal ini berlaku dan berlarutan sehingga lebih dari dua minggu. Walaubagaimanapun, tanda kanser ovari ini menyerupai juga beberapa penyakit yang lain yang kurang serius seperti jangkitan penyakit kelamin, masalah pundi kencing ataupun jangkitan yis. Jangan risau kerana ianya boleh dirawat dengan mudah.

Perubahan Berat Badan Secara Drastik

Sekiranya selama ini tubuh badan anda agak gempal dan berat anda turun tanpa anda melakukan senaman ataupun mengawal pemakanan anda, sila dapatkan rawatan segera lagi-lagi jika berat badan anda turun dengan drastik.

Untuk mengurangkan risiko kanser, anda disarankan untuk mengubah pola pemakanan anda kepada yang lebih sihat dan melakukan rutin senaman secara konsisten.

Kesukaran Bernafas

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Pertumbuhan barah pada ovari ini kadang-kadang menghalang keupayaan seseorang itu untuk bernafas dengan normal. Ianya berkemungkinan disebabkan oleh pertumbuhannya menolak semua organ-organ yang lain, di mana ianya boleh menyebabkan fungsi tubuh badan menjadi sukar untuk bekerja.

Individu yang normal jarang mengalami masalah pernafasan kecuali ketika bersenam atau melakukan aktiviti berat. Jadi, sekiranya anda mengalaminya, sila rujuk pada pakar untuk dapatkan maklumat lanjut.