preloder

Autoriti Informasi Wanita

Tips Dan Cara Beli Tanah Untuk Anda Buat Rumah Sendiri

Tips Dan Cara Beli Tanah Untuk Anda Buat Rumah Sendiri
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Dan Cara Beli Tanah Untuk Anda Buat Rumah Sendiri

Rumah di sekitar Lembah Klang yang masih dalam pembinaan juga sudah mencecah RM400k-500k. Ini bermakna, gaji bersih anda perlu dalam lingkungan RM4000 ke atas untuk membeli sebuah unit rumah. Hal ini membuatkan ramai yang ingin mengetahui tentang cara beli tanah untuk membuat rumah sendiri.

Sekiranya anda mengikut perkembangan semasa, anda mesti sedar bahawa masalah harga pelbagai jenis rumah pada zaman sekarang ini betul-betul mencabar kerana ianya sudah berada dalam kategori mahal dan tidak mampu untuk dimiliki lagi-lagi yang berada di kawasan sekitar Lembah Klang.

Jadi, ia membuatkan ramai bercadang untuk membuat rumah sendiri sahaja kerana kosnya mungkin lebih rendah berbanding membeli rumah daripada pemaju ataupun rumah subsale. Tetapi, untuk membuat rumah sendiri, anda perlu ada tanah terlebih dahulu. Untuk membantu anda melaksanakan hajat membuat rumah sendiri, ini dia panduan dan cara beli tanah bagi memudahkan anda.

Jangan Terburu-Buru Untuk Membeli Tanah

Anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru ketika ingin membeli tanah. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda daripada diperdaya ataupun ditipu. Anda perlu mengetahui selok belok dalam membeli tanah yang betul. Cuba anda pelajari dan buat perbandingan harga tanah yang anda ingin beli dengan tanah yang lain.

Cari Lokasi Yang Strategik

Tips Dan Cara Beli Tanah Untuk Anda Buat Rumah Sendiri

Pastikan anda mencari tanah dengan lokasi yang strategik kerana ianya akan memudahkan anda juga. Cari lokasi yang anda mudah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan lain. Elakkan daripada memilih lokasi yang terlalu jauh ke dalam pedalaman kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ianya akan menyusahkan anda untuk meminta pertolongan.

Akan tetapi, lokasi yang memiliki banyak kemudahan berkemungkinan akan sedikit mahal berbanding kawasan yang kurang kemudahannya.

Geran Individu

Geran individu merupakan perkara yang paling penting dalam cara beli tanah ini. Pastikan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan bukannya di bawah master title. Sekiranya ianya dibawah master title, bank tidak akan bagi pinjaman kepada anda. Pastikan proses jual belinya dibuat mengikut prosedur perundangan yang betul. Hal ini adalah untuk mengelakkan masalah yang merumitkan.

Semak Info Geran

Untuk memastikan anda tidak diperdaya oleh penjual tanah, pastikan geran tanah yang anda ingin beli itu betul-betul wujud. Sebleum anda membelinya, pastikan anda mendapatkan salinan geran tanah tersebut daripada penjual tanah. Semak kad pengenalan tuan\n tanah dan pastikan ianya sama seperti yang terdapat dalam geran tersebut.

Elak Daripada Membeli Melalui Orang Tengah

Sebagai peringatan, elakkan daripada membeli tanah daripada atau melalui orang tengah. Hal ini adalah kerana kebiasaannya orang tengah ini akan meletakkan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, kalau boleh cuba cari pemilik tanah yang ingin menjual tanah tersebut. Elakkan juga daripada menggunakan khidmat ejen hartanah yang tidak berlesen.

Semak Zon Tanah

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu tanah tersebut, pastikan anda menyemak zon tanah tersebut. Setiap tanah mempunyai zon masing-masing. Sekiranya tanah itu berada di bawah zon industri, anda tidak boleh membuat rumah kediaman di kawasan tersebut. Pastikan tanah itu berada dalam zon perumahan sebelum anda membelinya.

Lantik Peguam

Tips Dan Cara Beli Tanah Untuk Anda Buat Rumah Sendiri

Bagi memudahkan urusan jual beli tanah anda, anda dinasihatkan untuk melantik peguam yang boleh menguruskan pembelian tanah. Hal-hal berkaitan dan juga semakan tanah akan diuruskan oleh peguam tersebut.

Sekiranya semuanya sudah memenuhi syarat dan mengikut undang-undang, barulah anda boleh meneruskan untuk membeli tanah tersebut. Untuk memudahkan anda lagi, lantik peguam yang berpengalaman dan panel dengan bank. Ianya akan membantu anda untuk membuat pinjaman dengan lebih mudah.

Perjanjian Bertulis

Tips Dan Cara Beli Tanah Untuk Anda Buat Rumah Sendiri

Pastikan anda membuat perjanjian jual beli dan matikan setem untuk menjaga kedua-dua belah pihak. Ini bermaksud kedua-dua belah pihak memahami dan setuju dengan terma dan syarat. Anda boleh merujuk kepada peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli tanah ini sebelum anda membelinya.

Sediakan Duit Lebih

Kebiasaannya pinjaman untuk pembelian tanah hanya 60%-70% sahaja. Oleh itu, anda perlu menyediakan duit lebih sekiranya anda ingin membuat rumah sendiri di atas tanah yang dibeli. Anda disarankan untuk membuat pinjaman peribadi untuk membeli tanah sekiranya anda tidak mempunyai wang yang banyak. Tetapi, anda perlu ingat bahawa pinjaman peribadi ini faedahnya agak tinggi.

Dapatkan Kelulusan Daripada Pihak Terlibat

Selepas anda berjaya membeli dan tukar geran, anda boleh mula mendapatkan kelulusan daripada pihak yang terlibat untuk plan rumah anda. Kebiasaannya kontraktor yang akan uruskan perkara ini. Jadi, anda perlu memilih kontraktor yang berpengalaman dan sudah banyak membuat rumah menggunakan pinjaman daripada bank ini.

Pastikan anda mula membina rumah anda dalam tempoh enam bulan selepas anda mendapat tanah anda sekiranya anda ingin membuat tuntutan KWSP untuk rumah anda tersebut.

Syarat wajib untuk membuat rumah sendiri mestilah anda mempunyai tanah sendiri. Ikuti panduan cara beli tanah ini sekiranya anda serius untuk membina rumah anda sendiri.