loader image

Autoriti Informasi Wanita

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

Memiliki pinggang yang ramping dan perut yang tidak buncit tanpa ada lemak menggeleber tentu sahaja menjadi dambaan setiap orang, lagi-lagi kaum wanita. Akan tetapi ada sahaja lemak yang tertimbun di perut yang membuatkan kita jadi kurang berkeyakinan untuk berdepan dengan orang. Terdapat banyak cara mengecilkan perut buncit ini dengan cepat dan selamat.

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan cara-cara dan tips untuk mengecilkan perut yang buncit dengan cara yang selamat dan cepat. Perut sememangnya sangat mudah untuk mengembang kerana ia merupakan salah satu bahagian tubuh yang memiliki kekenyalan yang tinggi dan paling mudah untuk berlemak.

Banyak faktor yang dapat dikaitkan apabila terjadinya perut buncit ini terutamanya sekali adalah kerana jarang melakukan aktiviti bersenam. Selain itu juga, orang yang mempunyai perut buncit ini adalah kerana tidak menjaga pemakanan mereka dan selalu mengambil makanan ringan seperti snacks ataupun desserts.

Makan sebelum waktu tidur juga menjadi punca perut buncit. Selain itu, kurang tidur juga adalah salah satu penyebab perut buncit. Mengamalkan meminum minuman keras atau beralkohol serta merokok juga menjadi antara faktor utama perut senang menjadi buncit. Alkohol mengandungi gula dan kalori yang sangat banyak. Jadi, elakkan daripada mengamalkan faktor-faktor utama perut buncit ini.

Kaedah terbaik dan cara mengecilkan perut buncit dengan cepat yang paling berkesan adalah dengan menjaga gaya pemakanan anda. Ini adalah beberapa tips yang boleh diambil kira untuk mengelakkan perut dari buncit.

Hindari Makanan Yang Berkarbohidrat Tinggi

Perkara yang penting sekali untuk mengecilkan perut adalah belajar tentang pemakanan. Makanan yang mengandungi karbohidrat lebih mudah bertukar menjadi lemak. Wanita yang mempunyai perut buncit tidak digalakkan untuk memakan makanan yang mengandungi karbohidrat pada waktu malam.

high carbohydrates

Ini adalah kerana tubuh kita tidak begitu aktif pada waktu malam berbanding waktu siang. Begitu juga dengan kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam menjadikan pembakaran lemak kurang berlaku pada waktu itu.

Hindari Makanan Yang Bergoreng

Selain itu, anda digalakkan untuk menghindari daripada menikmati makanan yang bergoreng. Bukan bermakna anda tidak boleh makan langsung, maklumlah makanan di Malaysia ini kebanyakannya digoreng sebelum makan. Sebaliknya, anda hanya perlu mengurangkan kuantiti yang diambil ketika memakan makanan bergoreng.

Hal ini adalah kerana makanan yang digoreng menggunakan minyak yang banyak dan ianya boleh menambahkan jumlah kalori pada makanan. Tambahan lagi, apabila makanan digoreng dalam minyak, ianya akan kehilangan air dan menyerap lemak yang akan menambahkan lagi kandungan kalorinya.

Hindari Makan Sebelum Tidur

Ini adalah perkara yang sering kita lakukan lagi-lagi sekiranya anda sedang belajar. Sering tidur lewat kerana ingin menyiapkan kerja dan membuatkan kita mudah kelaparan pada tengah malam. Akhirnya, kita makan kerana tidak tahan dan terus masuk tidur. Amalan ini sangat tidak elok kerana ianya juga merupakan punca utama perut senang buncit.

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

Jadi, cuba hindarkan diri daripada makan sebelum waktu tidur. Ini kerana sewaktu tidur, aktiviti pencernaan manusia terhenti dan ianya akan menyebabkan makanan yang sepatutnya dicerna ini berkumpul dan menghasilkan gas yang boleh membuatkan perut kembung dan menjadi buncit. Waktu paling ideal untuk makan adalah 4 jam sebelum tidur.

Makan Makanan Berserat

Cara mengecilkan perut buncit dengan cepat yang lain adalah dengan mengambil makanan yang berserat. Makanan yang berserat mampu untuk membantu proses pencernaan dengan sempurna. Buah-buahan dan sayur hijau adalah pilihan makanan berserat yang terbaik untuk dimakan sekiranya anda ingin mengecilkan perut. Selain itu juga, roti yang berserat tinggi juga digalakkan untuk dimakan.

Hindari Makan Makanan Bergaram

Jauhkan diri daripada memakan makanan yang bergaram. Ini kerana memakan makanan masin yang berlebihan akan menyebabkan perut kembung dan dapat menarik air dalam jumlah yang banyak. Selain itu juga, kandungan garam daripada makanan proses yang tinggi boleh meningkatkan gas dalam badan.

Minum Banyak Air Putih

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

Ini perkara yang tidak diambil endah oleh semua orang. Minum banyak air putih ini dapat menjamin fungsi hempedu yang efektif kerana ia boleh mengeluarkan toksin dalam tubuh badan. Tubuh anda akan menyingkirkan iritasi, racun berbahaya serta hasil perkumuhan daripada organ penting dalam tubuh.

Hindari Makanan Dan Minuman Bersoda

Mengelakkan daripada makan makanan dan minuman bersoda juga antara cara mengecilkan perut buncit kerana ianya mengandungi gas yang boleh membuatkan perut kembung. Kandungan gula yang tinggi yang terdapat dalam minuman berkarbonat ini akan membawa kemudaratan dalam jangka masa panjang.

Dengan hanya minum air putih sahaja, ia akan membersihkan tubuh anda sekaligus membantu menurunkan berat badan dan lemak dalam badan anda. Di samping itu juga, dengan minum air anda boleh mengurangkan rasa lapar anda.

Hindari Tidur Terlalu Lambat

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

Elakkan daripada masuk tidur terlalu lewat kerana ia akan membuatkan anda lapar pada lewat malam. Masuk tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul pagi. Ketika waktu tidur pula, elakkan memakai pakaian yang ketat dan sebaliknya pakailah pakaian yang longgar sehingga tubuh anda dapat bernafas dengan baik.

Lakukan Senaman Dan Bersukan Selalu

Luangkan masa anda lebih kurang 20-30 minit dengan melakukan senaman, regangan dan bersukan. Lakukannya secara rutin setiap hari walaupun kita sibuk dengan kerja. Dengan bersenam bukan sahaja dapat mengecilkan perut buncit, malah dapat menguruskan badan juga. Yoga juga boleh dilakukan kerana ia memusatkan pada kekuatan, kelenturan dan pernafasan. Kajian di India menyatakan yoga mampu untuk menghilangkan gas berlebihan di perut sehinggakan ia boleh melancarkan pencernaan dan menghilangkan lipatan di perut.

Ketawa

Masalah Perut Buncit? Ikuti Tips Dan Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat

Akhir sekali, cara mengecilkan perut buncit adalah dengan ketawa. Ya, mungkin ianya kedengan pelik tetapi secara faktanya ketawa dapat membakar lemak yang ada di perut kerana pada waktu kita ketawa, kita menggunakan otot perut. Selain daripada membakar lemak di perut, dengan ketawa juga kita dapat mengurangkan stress dan membuatkan hati bertambah senang.

Itulah dia cara mengecilkan perut dengan cepat yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Yang paling penting untuk mengecilkan perut ini, ia memerlukan komitmen yang tinggi dan konsisten dalam melakukannya.

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.