loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Gaya rambut perempuan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mencipta identiti diri. Pasti ada diantara kita yang menginginkan gaya rambut yang tertentu. Akan tetapi, tahukah anda gaya rambut ini sebenarnya boleh menyerlahkan kejelitaan bentuk wajah anda sekiranya anda menggayakannya dengan betul?

Setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza dan keunikannya yang tersendiri. Selain daripada memakai solekan, penggayaan rambut juga boleh mengubah rupa seseorang itu dan menyempurnakan ciri-ciri wajah sehingga menyerlahkan kejelitaan anda. Jadi, hari ini saya akan kongsikan tips gaya rambut perempuan yang sesuai mengikut bentuk muka anda.

Sebelum itu, pastikan anda sudah mengetahui bentuk wajah anda supaya anda tidak terkeliru ketika ingin memilih gaya rambut yang sesuai dengan anda.

Wajah Bentuk Bujur / Oval

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Wajah bentuk bujur ini adalah bentuk idaman oleh kebanyakan wanita. Bagi yang memiliki wajah berbentuk bujur ini, anda sangat sesuai menggayakan apa sahaja jenis gaya rambut. Inilah kelebihan orang yang memiliki bentuk muka bujur. Kebiasaannya, bentuk wajah ini memiliki ukuran panjang wajah yang lebih besar dibandingkan ukuran lebar tulang pipi. Dahinya pula lebih lebar daripada rahang. Jadi, anda boleh menggayakan pelbagai jenis style rambut dengan ciri-ciri ini.

Sebagai contoh, anda boleh mengenakan gaya bob panjang dengan layer. Anda tidak perlu terburu-buru memotong rambut bob anda sekiranya sudah panjang, hanya tambahkan saja layer nipis di bahagian hujung rambut anda. Selain itu, gaya wavy dan gaya rambut panjang lurus juga akan menyerlahkan penampilan anda. Sekiranya anda ingin nampak edgy, gayakan style bowl cut untuk menambahkan karakter pada wajah bujur anda.

Tetapi, cuba elakkan daripada menggayakan rambut yang boleh membuatkan wajah anda nampak lebih panjang seperti gaya beehive, donut bun ataupun spike. Ini kerana gaya ini akan memberikan efek panjang kepada bentuk muka anda. Jadi, muka anda akan nampak terlebih panjang daripada asal.

Wajah Bentuk Bulat / Round

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Wajah berbentuk bulat ini kebiasaannya memiliki lebar dari tulang pipi kanan hingga kiri yang sama dengan panjang wajah dari atas ke bawah. Wajah bulat ini juga memiliki ukuran dahi dan rahang yang lebih sempit daripada tulang pipi dan panjang wajah. Sekiranya anda memiliki wajah berbentuk bulat, anda perlu membuatkan muka anda nampak panjang.

Hindarkan daripada memotong rambut anda lebih pendek dari pipi atau di bawah telinga. Ini kerana, style rambut pendek sebegini akan membuatkan wajah anda kelihatan bulat sepenuhnya. Potong rambut anda sejajar dengan dagu atau lebih panjang. Gaya rambut yang sesuai dengan anda adalah bob dengan layer, bob sedang berserta fringe dan juga layer panjang. Selain itu, long wavy ponytail juga sesuai dengan anda.

Wajah Bentuk Panjang / Long

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Wanita yang memiliki wajah berbentuk panjang ini tidak perlu berasa rendah diri atau serabut untuk mengenakan gaya rambut mereka. Ini kerana, ciri-ciri bentuk wajah yang panjang lebih kurang sama seperti bentuk muka bujur tetapi sedikit panjang. Lebar dahi tulang pipi dan rahang mereka adalah sama ukurannya.

Bagi yang memiliki muka berbentuk ini, hindarkan daripada membuat potongan rambut panjang kecuali jika potongan tersebut memiliki layer pada bahagian tulang pipi atau dagu anda ataupun fringe pada bahagian depan. Anda juga boleh mencuba untuk menggayakan gaya kerinting ataupun ikal untuk memberikan kesan wajah yang lebih sempurna.

Selain itu, kehadiran fringe di hadapan akan memberikan ilusi wajah yang lebih sempit dan menampakkan muka anda lebih proporsional. Potongan rambut pendek yang sesuai dengan anda adalah potongan rambut bob paras leher beserta fringe. Selesaikan dengan menambah kacamata berbentuk kotak yang sesuai dengan bentuk wajah anda untuk tampil lebih menawan.

Wajah Bentuk Hati / Heart

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Wanita yang memiliki wajah berbentuk hati ini mempunyai dagu yang tajam, bahagian dahi yang lebih lebar dan garis rahang yang halus. Bagi wanita yang memiliki wajah berbentuk hati ini, gaya rambut perempuan yang sesuai dengan anda adalah middle length flow, middle length curls ataupun side ponytail. Dengan bentuk wajah ini juga, anda sangat sesuai mengenakan gaya rambut dengan fringe di hadapan.

Pilihan potongan lain yang anda boleh cuba adalah choppy bob sekiranya anda berani untuk bergaya. selain itu, style shaggy panjang dengan layer ekstrim juga boleh menaikkan seri bentuk wajah anda. Rambut lurus panjang beserta fringe juga menjadi salah satu pilihan terbaik buat anda yang memiliki wajah berbentuk hati ini.

Wajah Bentuk Berlian / Diamond

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Untuk anda yang memiliki wajah berbentuk berlian ini, anda dinasihatkan supaya melembutkan bahagian pipi anda dan hindarkan daripada menekankan garis lurus pada wajah anda. Anda disarankan untuk mengenakan gaya rambut yang agak nipis pada bahagian hujung mata. Style ini boleh menimbulkan kesan lebih bervolume pada bahagian kening dan rahang.

Sekiranya anda memiliki rambut sederhana panjang, pisahkannya ke sisi untuk menonjolkan bentuk muka anda. Fringe yang tebal dengan gaya rambut berombak juga sesuai dengan anda. Selain itu, sekiranya anda inginkan potongam rambut yang pendek, gaya rambut perempuan yang sesuai dengan anda adalah style pixie.

Potongan rambut-rambut sebegini akan membuatkan garis-garis pada wajah anda nampak halus. Hindarkan potongan rambut yang terlalu banyak layer dan potongan rambut yang terlalu pendek.

Wajah Bentuk Petak / Square

Tips Gaya Rambut Perempuan Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Bagi wanita yang mempunyai wajah berbentuk petak ini, anda perlu melembutkan sudut tajam wajah anda untuk menampakkan wajah anda lebih lembut. Jadi potongan gaya rambut perempuan yang sesuai dengan anda adalah gaya rambut yang menutupi pipi. Hal ini adalah kerana wajah petak memiliki bentuk rahang yang lebih tajam dan ianya lebih menonjol. Ukuran panjang dan lebar wajah kebiasaannya sama lebar.

Terdapat beberapa gaya yang boleh dijadikan inspirasi bagi anda yang memiliki bentuk wajah petak atau bersegi ini iaitu membuat beberapa layers pada rambut anda, rambut panjang kerinting atau ikal mahupun rambut panjang yang disertakan fringe ke tepi. Gaya shaggy atau layer juga yang dapat memberikan efek menghaluskan ciri-ciri wajah anda yang tajam itu.

Selain itu juga, gaya rambut bob separas bahu dengan tambahan layer juga boleh membuatkan penampilan anda nampak lebih menyerlah. Jika rambut anda lurus, buatkan sedikit ikal ombak di hujung rambut anda supaya nampak lebih segar. Gaya bob pendek disertakan sedikit layer pada bahagian bawah juga sesuai dengan anda. Tambahan fringe rata pada rambut panjang beserta layer mampu membuatkan anda nampak bergaya.

Itulah dia sedikit sebanyak tips yang boleh anda tiru bagi gaya rambut perempuan yang sesuai mengikut bentuk muka anda. Walaupun anda memiliki potongan gaya rambut yang sesuai dan menawan dengan bentuk muka anda, pastikan anda menajga rambut anda supaya ianya kekal sihat dan kelihatan lebih cantik. Rambut anda juga memerlukan nutrien dan vitamin yang secukupnya tau.