loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tips Memilih Kacamata Wanita Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah

Tips Memilih Kacamata Wanita Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Memilih Kacamata Wanita Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah

Pemakaian kacamata sebenarnya banyak mempengaruhi penampilan wanita mahupun berhijab ataupun tidak. Lagi pula cuaca di Malaysia ini yang cerah, panas dan hujan sepanjang tahun. Sejak kebelakangan ini juga, terdapat pelbagai bentuk dan saiz kacamata yang dipasarkan. Selebriti terkenal juga banyak menggunakan kacamata yang pelbagai ini sehingga ianya menjadi trend terkini.

Tetapi, tahukah anda, kacamata yang mempunyai pelbagai bentuk ini bukan boleh dipakai sebarangan. Hal ini kerana rupa bentuk wajah akan kelihatan pelik sekiranya anda tersalah memilih kacamata yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Ya, sememangnya terdapat kacamata yang trending tetapi sesuaikah anda ketika memakainya?

Sebelum memilih kacamata model yang terbaru, kenali dahulu bentuk wajah anda supaya anda tidak tersalah beli. Seterusnya, pilihlah kacamata yang sesuai mengikut ukuran wajah anda. Bingkai kacamata yang anda pilih dengan tepat boleh menutupi kekurangan wajah anda sehingga ia boleh membuatkan wajah anda nampak ideal.

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan tentang pemilihan kacamata wanita yang sesuai mengikut bentuk muka anda supaya penampilan anda tidak nampak kekok dan pelik. Anda boleh aplikasikan apa yang akan saya kongsikan ini ketika anda ingin membeli kacamata yang baru nanti.

Wajah Bentuk Segitiga / Triangle

Bagi anda yang memiliki bentuk mmuka segitiga ini, anda memiliki rahang dan tulang pipi yang lebar, namun bahagian dari anda lebih sempit. Jadi anda harus cuba untuk memilih frame yang tebal dibahagian atas kacamata, atau jenis bingkai nylor atau half frame. Frame yang sebegini akan menampakkan dahi anda kelihatan lrbih proporsional dan tidak nampak sempit.

Hal ini juga dapat meminimalkan lebar dagu dan menyeimbangkan sisi atas dengan bahagian bawah wajah anda. Anda juga boleh mengenakan kacamata jenis cat-eye untuk nampak lebih bergaya. Kacamata berbntuk bulat juga sesuai digunakan untuk orang yang memiliki bentuk muka ini. Bingkai berwarna gelap atau berwarna bold lebih sesuai dengan anda.

Cuba elakkan daripada menggunakan kacamata yang berbentuk geometri ataupun bersegi seperti square dan rectangle. Ini kerana ia akan menjadikan muka anda nampak terlalu banyak sudut. Elakanjuga memakai shades yang berwarna terang.

Wajah Bentuk Bujur / Oval

Sekiranya anda memiliki bentuk wajah bujur atau oval ini dengan ciri bahagian tulang pipi lebar sedangkan bahagian dahi dan rahang anda lebih sempit, anda boleh memakai kesemua jenis frame. Ini kerana, bentuk wajah bujur ini sangat sesuai untuk dikenakan dengan pelbagai bentuk frame. Anda juga boleh pilih dari variasi warna gelap atau terang, semuanya sesuai dengan anda. Akan tetapi, jenis frame yang tebal dan lebar boleh membuatkan penampilan anda nampak lebih stylish.

Namun, jangan anda terlalu ikutkan trend sangat tau. Hal ini kerana, bentuk wajah anda tidak terlalu sesuai dengan kacamata oversized yang akan membuatkan kelebihan bentuk wajah anda tenggelam.

Wajah Bentuk Panjang

Bentuk muka panjang ini adalah lebih kurang seperti bentuk muka bujur. Ianya memiliki bahagian dagu yang panjang. Jadi, sekiranya anda memiliki bentuk wajah yang seperti ini, pilihlah bingkai kacamata yang berbentuk kotak dengan tangkai kacamata yang lebih rendah. Ini adalah kerana, ianya akan membuatkan wajah anda nampak lebih lebar dan pendek.

Bagi yang memiliki wajah berbentuk panjang ini, elakkan daripada memilih bingkai kacamata yang lebih lebar daripada wajah anda. Jadi, oversized shades sangat tidak sesuai dengan anda kerana ia akan membuatkan muka anda kurang menarik perhatian.

Wajah Bentuk Hati / Heart

Wajah berbentuk hati ini mempunyai ciri-ciri dahi yang lebar sedangkan tulang pipi dan rahang anda sempit. Oleh itu, anda sebaiknya memilih frame yang tebal di bahagian bawah kacamata. Bingkai kacamata yang seperti ini memiliki fungsi agar tulang pipi dan rahang anda itu boleh ditutupi oleh bingkai yang tebal dibahagian bawah tersebut.

Selain daripada itu juga, anda harus pastikan sekiranya rentang sisi atas kacamata melebihi lebar dari supaya wajah anda nampak lebih proporsional. Wajah ini sangat tidak sesuai untuk mengenakan warna gelap dan memiliki bingkai yang tebal di bahagian atas atau kacamata yang mempunyai elemen dekoratif. Anda perlu minimalkan perhatian ke bahagian atas wajah.

Bagi wajah yang berbentuk hati ini juga, anda tidak sesuai untuk menggunakan frame berbentuk square dan rectangle. Sebaliknya, kacamata yang sesuai dengan anda adalah berbentuk bulat, aviator, cat-eye, bujur dan way-farer.

Wajah Bentuk Bulat / Round

Bagi yang memiliki wajah berbentuk bulat, anda memiliki ciri tulang pipi, dahi, serta rahang yang sama lebarnya sehingga menampakkan wajah anda kelihatan bulat. Tulang rahang yang kelihatan sedikit tertimbul di bahagian pipi membuatkan pipi anda kelihatan tembam.

Sekiranya anda memiliki wajah berbentuk bulat ini, bingkai kacamata wanita yang sesuai dengan anda adalah bingkai dengan garis tebal. Bingkai jenis ini akan membuatkan wajah anda nampak seimbang dan kelihatan lebih tirus. Anda juga boleh bermain dengan pelbagai jenis bentuk kacamata bersegi dan juga kacamata yang mempunyai bingkai unik yang bersudut.

Akan tetapi, cuba elakkan daripada memilih kacamata yanag berbingkai sempit atau berbentuk bulat seperti kacamata bulat John Lennon. Oversized shades juga tidak digalakkan untuk wanita berwajah bulat menggayakannya.

Wajah Bentuk Diamond

Wajah berbentuk diamond ini memiliki dahi yang sempit dan garis rahang yang tajam. Sekiranya anda memiliki wajah berbentuk diamond ini, kacamata yang sesuai dengan anda adalah oversized, aviator dan wayfarer. Ini kerana ianya dapat mengurangkan bentuk wajah yang bersudut.

Kacamata wanita yang berbentuk oval atau design tanpa bingkai juga sesuai untuk wanita yang memiliki wajah berbentuk hati ini. Kacamata yang memiliki detail bingkai tebal di bahagian atas juga sesuai untuk digunakan. Cuba elakkan daripada menggunakan kacamata yang berbentuk bulat kerana ianya sangat tidak sesuai dengan bentuk wajah diamond ini.

Itu dia beberapa tips untuk memilih kacamata wanita yang sesuai mengikut bentuk wajah anda. Jadi, selepas ini, jika anda ingin membeli kacamata yang barul pastikan anda ambil kira terlebih dahulu kriteria yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Jangan sampai anda kelihatan pelik ketika menggayakan kacamata baru anda. Penggunaan kacamata yang sesuai beserta gaya rambut yang sesuai mengikut bentuk wajah banyak memainkan peranan dalam penampilan tau.

Baca lagi artikel-artikel menarik tentang wanita yang mungkin akan membantu anda di sini.