loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Muka Anda

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Muka Anda
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Muka Anda

Wanita dan pencuci muka adalah seperti pasangan yang susah untuk dipisahkan. Ini kerana memiliki wajah yang bersih dan sihat sememangnya dapat menaikkan keyakinan diri seseorang itu. Wajah yang berjerawat, berjeragat dan kusam akan membuatkan seseorang hilang keyakinan dan merasakan penampilannya tidak sempurna.

Oleh itu, wanita sangat menitikberatkan hal ini kerana ianya akan mempengaruhi mood dan juga aktiviti harian mereka. Lagi-lagi bagi wanita yang sering berurusan dengan orang lain. Penampilan diri sememangnya menjadi perkara utama yang sering diberi perhatian penting.

Wanita yang memiliki masalah penjagaan muka ini kebiasaanya meluangkan banyak masa di dalam drugstore kerana dilema untuk mencari pembersih muka yang terbaik untuk kulit wajah. Bukan sebab banyak benda ingin dibeli, tetapi sebenarnya takut tersalah pilih produk yang sesuai dengan kulit mereka.

Ingin beli pencuci muka yang sesuai dengan muka anda bukanlah mudah. Anda perlu mengetahui dahulu jenis kulit anda supaya anda tidak tersalah memakainya. Sekiranya anda tersalah menggunakan pencuci muka, ia mungkin boleh menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit muka. Jadi, saya nak kongsikan sedikit cara memilih pembersih muka yang bagus dan sesuai dengan kulit muka anda.

Kenali Jenis Kulit Anda

Anda perlu memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda supaya ia tidak merosakkan kulit anda. Kulit muka ini sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati ketika memilih peembersih muka supaya tidak tersalah menggunakannya.

Kulit Normal: Kulit normal mempunyai keseimbangan dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan. Bagi yang memiliki kulit normal, anda boleh menggunakan pembersih muka jenis biasa (foam), krim, gel ataupun pembersih muka yang berbentuk sabun (soap).

Kulit Berminyak: Kulit berminyak akan nampak berkilat dan berminyak setelah beberapa jam dicuci. Kulit jenis ini perlu mencari pembersih muka dengan tahap pH yang rendah (acidic) bagi memudahkan minyak untuk dibuang. Anda boleh menggunakam pembersih muka jenis gel keran aianya mampu memerangkap minyak pada permukaan kulit dan di celah-celah liang pori anda.

Kulit Kering: Bagi wanita yang memiliki kulit kering, liang roma pada kulit anda agak sukar dilihat selepas beberapa jam muka anda dicuci. Anda perlu mengelakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi alkohol. Ini kerana ia akan membuatkan kulit anda bertambah kering. Selain itu, elakkan juga penggunaan pembersih muka yang mengandungi minyak.

Anda diharuskan untuk memilih pembersih muka dari jenis krim kerana pembersih jenis ini memiliki kandungan pelembap di dalamnya bagi mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit walaupun setelah dicuci.

Kulit Sensitif: Kulit jenis ini sering merasa tegang ataupun gatal-gatal. Ia juga kerap mengalami reaksi alahan apabila terkena bahan kimia tertentu pada produk yang digunakan. Anda perlu mengelakkan daripada mengguna pembersih muka yang mengandungi pewangi, minyak ataupun bahan kimia yang boleh membuatkan iritasi pada kulit.

Kulit sensitif ini sukar dijaga terutamanya yang mempunyai masalah jerawat. Oleh itu, anda disyorkan untuk menggunakan pembersih muka jenis deep pore cleanser atau yang tertera medicated kerana ianya bersesuaian untuk merawat masalah jerawat yang dialami.

Kulit Kombinasi: Kulit kombinasi pula adalah kulit yang yang memiliki sebahagian wajah anda berminyak dan sebahagian lagi kering ataupun sensitif. Kebiasaannya kulit anda akan berminyak di zon T dan kering di bahagian muka yang lainnya. Anda perlu mengelakkan sabun mandi ataupun soap bar. Pilih pembersih muka yang lembut pada kulit, kemudian basuh dengan air suam.

Cari Pencuci Muka Yang Lembut Dan Halus

Untuk menghilangkan segala kotoran pada muka anda bukanlah dengan menggosok dengan kuat semasa mencuci, sebaliknya anda perlu menggosok dengan lembut dan membelainya. Sekiranya anda menggosok wajah anda dengan kuat, ia akan menyakitkan muka malah tidak mencuci dengan bersih.

Kotoran pada wajah anda hanya akan hilang dengan pembersih muka yang banyak buih dan halus. Ini kerana, ia akan dapat masuk ke dalam liang pori anda dan membersih kulit dengan lebih berkesan.

Pilih Pencuci Muka Yang Sedikit Berasid (pH 5.5)

Seterusnya, anda perlu mengelakkan daripada memilih pencuci muka yang beralkali yang boleh merosakkan kulit. Pilih pembasuh muka yang sedikit berasid yang mempunyai pH lebih kurang sama dengan pH kulit anda.

Jangan memakai pembasuh muka yang terlalu kuat kerana bahan kimianya akan memberikan kesan sampingan yang berbahaya. Elakkan memakai pencuci muka yang boleh menghakis pigment dan lapisan kulit. Kulit anda akan menjadi nipis dan akan terdedah kepada sinaran UV yang akan menaikkan jeragat di muka anda.

Pilih Pencuci Muka Yang Tiada Bahan Pewangi

Selain itu, anda perlu mengelakkan daripada mengguna pencuci muka yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet. Ini adalah kerana, produk yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet ini boleh merosakkan kulit dan menyebabkan alahan pada wajah.

Ketika anda memilih pembasuh muka, elakkan daripada memilih produk yang mengandungi bahan-bahan seperti paraben, imidazolidinyl urea, quaternium-15, phenoxyethanol methychloroisothiazolinone, DMDM hydantoin dan fomaldehye.

Pilih Produk Yang Khusus Untuk Wajah

Anda seharusnya memilih produk yang khusus untuk penjagaan wajah sahaja. Hindari daripada menggunakan produk yang dikatakan boleh digunakan untuk keseluruhan tubuh badan termasuk bahagian wajah. Ini kerana, kulit muka dan kulit badan adalah berbeza.

Pilih Pencuci Yang Tidak Mengeringkan Kulit

Pencuci muka yang mengeringkan kulit sememangnya tidak baik untuk kulit muka. Kebiasaannya, pembersih muka jenis ini mendakwa ianya mampu untuk menghapuskan minyak dan sangat disarankan bagi individu yang memiliki kulit yang berminyak. Kulit anda memang akan bebas dari minyak tetapi ianya hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Apabila kulit anda kering, kelenjar minyak di bawah kulit anda akan bertindak mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan akan mengeluarkan lebih banyak lagi minyak untuk menampung semula kelembapan kulit anda yang hilang tadi. Jadi, kulit anda akan menjadi sangat berminyak dan memberi peluang yang tinggi untuk jerawat muncul.

Pilih Scrub Yang Bagus

Akhir sekali, jangan lupa untuk memilih scrub muka yang bagus untuk wajah anda. Scrub mampu untuk membersih dan membuang sel kulit mati. Bagi sesetengah orang, scrub mungkin agak kuat dan menyakitkan kulit, jadi anda perlu mencari scrub yang lembut untuk kulit anda.