loader image

Autoriti Informasi Wanita

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Setiap daripada kita sememangnya mempunyai bentuk wajah yang berbeza-beza. Ada diantara kita yang dianugerahkan bentuk wajah tirus, lonjong dan juga bulat. Sesetengah bentuk wajah tidak memiliki masalah untuk menggayakan pelbagai jenis hijab yang bersesuaian dengannya. Tetapi, terdapat beberapa bentuk muka yang mungkin sedikit sukar untuk menggayakan tudung yang bersesuaian.

Semasa anda memilih tudung, anda perlu mempertimbangkan bentuk wajah anda ketika memakainya nanti. Hijab sememangnya sesuai dengan semua orang, cuma anda hanya perlu memikirkan cara pemakaian yang bersesuaian dengan anda. Pemakaian hijab tidak ditetapkan untuk membuatkan anda nampak menawan, sebaliknya ianya adalah untuk menjadikan anda seorang yang sederhana.

Dalam pemakaian hijab, tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah tentang gaya tudung yang digunakan. Asalkan ianya membuatkan anda selesa dan menutup aurat. Cuba anda eksperimen dengan apa style tudung yang mungkin akan menaikkan lagi seri wajah anda supaya anda menjadi lebih yakin dan selesa. Jangan lupa untuk sesuaikan tudung anda dengan bentuk wajah anda serta pakaian yang yang sesuai.

Sebelum itu, anda sudah tahu bentuk muka anda? Kunci untuk mencari tudung yang sesuai dengan anda adalah dengan mengenalpasti bentuk wajah anda terlebih dahulu. Lihat pada cermin dan kenalpasti jenis-jenis bentuk muka untuk menentukan bentuk muka anda dengan tepat. Setelah anda mengetahui bentuk wajah anda, barulah anda boleh kenakakan gaya hijab yang ideal dengan wajah anda.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan tips pemakaian tudung yang sesuai dengan bentuk wajah anda supaya tudung anda kekal cantik dan terletak kemas walaupun seharian memakainya.

Bentuk Wajah Bulat Atau Round Face

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Wanita yang mempunyai bentik muka ini mempunyai jarah dari ke dagu yang sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang kelihatan tertimbun di bahagian pipi. Kebiasaannya, orang yang memiliki bentuk wajah bulat ini mempunyai pipi yang tembam ataupun dengan kata manisnya, isi di pipi.

Terdapat beberapa tips untuk memakai tudung sekiranya anda memiliki bentuk wajah sebegini. Gaya hijab yang terbaik untuk anda yang berwajah bulat adalah sangat mudah. Wajah bulat bermakna lebar antara sisi muka anda dan atas ke bawah adalah hampir sama. Jadi, anda perlu memanjangkan dahi anda dengan mengangkat tudung anda hanya sedikit dan membuatkan tips yang sangat kecil.

Gaya yang sesuai dengan bentuk wajah bulat ini adalah gaya longgar kerana ianya akan membuatkan frame wajah anda nampak lebih sempurna. Tambahan lipatan longgar di tulang pipi akan menunjukkan wajah anda yang lebih menumpukan ciri anda. Selain itu, ianya juga akan menambahkan tekstur dan menghilangkan bentuk bulat.

Sekiranya anda lebih gemar memakai tudung yang ber-awning, pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Pastikan juga jahitna awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi anda ketika memakainya. Ini kerana sekiranya anda memilih awning yang pendek, ianya akan menonjolk pipi anda yang berisi tu.

Bentuk Wajah Bujur Atau Oval Face

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Bagi anda yang memiliki bentuk wajah seperti ini, anda sebenarnya sangat bertuah kerana bentuk wajah ini mampu untuk menggayakan pelbagai dan hampir kesemua fesyen tudung sama ada selendang, tudung bawal, tudung syria mahupun tudung awning. Kesemuaya akan membuatkan anda kelihatan cantik ketika memakainya.

Bentuk muka ini mempunyai jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjag dagu yang seimbang. Wanita yang memiliki muka bujur ini boleh memakai anak tudung lebih dekat dengan dahi anda untuk menciptakan ilusi bahawa wajah anda tidak terlalu panjang. Anda boleh mengenakan gaya pemakaian hijab yang longgar atau lebih dikenali sebagai gaya tanpa pin. Selain itu, lilitan kain selendang dengan kuat di sekeliling wajah anda juga antara style yang sesuai dengan anda.

Bentuk Wajah Panjang Atau Long Face

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Bentuk muka yang panjang adalah lebih kurang seperti bentuk muka bujur. Ianya bercirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak ketika menggayakan style hijab anda, mungkin orang akan menyangka anda memiliki bentuk wajah yang bujur. Tips paling utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.

Tambahkan ruang di bahagian atas kepala anda untuk mengimbangkan bentuk panjang muka anda. Penambahan v-point di pusat darhi anda akan menambahkan semetri kepada rupa keseluruhan wajah anda. Buat lipatan dengan elok di bahagian bawah tulang pipi anda untuk membuatkan bentuk tudung anda kelitan lebih sempurna.

Jangan lupa untuk gunakan anak tudung yang melekap di dahi supayabahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Jangan tutup bahagian pipi anda kerana bagagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak nampak terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi anda dan tonjolkan rahang pipi agar wajah sebenar anda tersembunyi rapi.

Bentuk Wajah Segi Tiga/ Bentuk Hati Atau Heart Face

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Wajah yang berbentuk hati ini kebiasaannya mempunyai tulang pipi yang terluas dan penekanan yang sangat kuat di bahagian dagu yang menjadikan dagu anda kelihatan tajam seperti bentuk hati. Oleh kerana terdapat banyak struktur di muka anda, anda perlu lebih berhati-hati untuk mengenakan gaya tudung yang sesuai supaya kelihatan lebih menawan.

Anda boleh mengenakan kedua-dua gaya iaitu pemakaian tanpa pin yang hanya meletakkan lebihan di bahu ataupun pemakaian tudung gaya lilit ketat di leher. Tetapi jangan lupa untuk membuatkan bahagian atas yang bulat itu menjadi lebih tajam kerana ianya akan memberikan bentuk yang normal. Penambahan lpatan di bawah tulang pipi akan menampakkan potensi wajah anda.

Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda akan kelihatan lebih terisi. Selain itu, gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wajah yag berbentuk hati ini adalah dengan gaya pintalan dan gaya sanggul. Ini kerana ia dapat membuatkan rahang anda kelihatan lebih terbuka.

Bentuk Wajah Petak Atau Square Face

Ingin Tudung Kekal Cantik Dan Terletak Kemas? Ini Tips Pakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah

Wanita yang memiliki bentuk wajah petak ini mempunyai muka yang lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahangnya dapat dilihat dengan jelas. Namun, bahagian dagunya kelihatan agak rata. Tips bagi mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini adalah menyembunyikan rahang anda yang menonjol itu.

Jadi, ketika menggayakan tudung, pastikan tulang rahang anda dapat disembunyikan di sebalik tudung anda. Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah supaya nampak panjang.

Sekiranya anda ingin menggayakan dengan selendang, pastikan anda bijak dalam menggayakannnya. Pilih gaya selendang dengan memfokuskan kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang. Gunakan inner neck yang yang mempunyai lapisan menutupi bagahian bawah dagu. Tudung awning juga sesuai dengan wanita yang memiliki bentuk wajah ini.

Paling penting, elakkan daripada mengenakan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk. Hal ini kerna ia akan mempamerkan bahagian rahang anda yang lebar itu. Selain itu, hindarkan juga daripada mengenakan gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yan luas seperti gaya turban.

Mungkin pengetahuan yang saya sampaikan ini tidak begitu banyak tetapi ianya serba sedikit pasti dapat membantu anda untuk mengenakan gaya hijab yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Sekiranya anda mengenali bentuk muka anda dan memilih jenis tudung yang bersesuaian, pastinya penampilan anda akan nampak lebih menarik dan berkeyakinan.

Jadi, selepas ini anda tidak perlu lagi serabut untuk memikirkan cara untuk menggayakan hijab anda. Ikut sahaja tips-tips yang saya sudah kongsikan tadi. Bagi yang tidak mengenakan tudung atau hijab, anda sudah tahu gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda? Jangan lupa untuk membaca artikel-artikel yang lain juga tau.