loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Bagi wanita yang memakai hijab, penjagaan rambut merupakan antara perkara yang penting untuk memastikan ianya kekal sihat dan tidak mengeluarkan bau yang kurang enak. Sekiranya anda tidak menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala anda, ia akan menyebabkan rambut keguguran atau munculnya masalah kelemumur yang boleh menjejaskan aktiviti harian anda.

Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Ianya memerlukan penjagaan yang rapi supaya rambut anda kekal sihat sepanjang masa. Jadi, hari ini saya akan kongsikan tips penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab agar rambut anda tidak mengalami kerosakan.

Pilih Fabrik Tudung Yang Sesuai

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Pertama sekali, semasa anda ingin memilih fabrik tudung, pastikan anda memilih fabrik yang sesuai. Anda disyorkan untuk memilih jenis kain yang selesa dan boleh memudahkan aliran udara ke kepala. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak trend hijab yang dipakai berlapis-lapis.

Jadi, anda perlu pandai dalam memilih fabrik yang sesuai supaya rambut anda masih dapat bernafas. Jangan memakai fabrik melebihi empat lapisan kerana semakin tebal hijab anda, semakin susah rambut anda nak bernafas.

Elak Pakai Tudung Dan Anak Tudung Berulang Kali

Selain memilih fabrik tudung yang sesuai, pastikan juga anda memilih anak tudung yang sesuai dengan anda. Elakkan daripada memakai anak tudung yang terlalu ketat sehingga menekup kepala. Anda digalakkan memilih anak tudung yang diperbuat daripada kain kapas.

Selain itu, elakkan daripada memakai hijab ataupun anak tudung secara berulang tanpa dicuci. Anda memerlu menjaga kebersihan rambut dengan memastikan hijab dan anak tudung yang dipakai sentiasa dalam keadaan bersih. Cuci tudung dan anak tudung anda sekerap mungkin.

Hal ini dapat mengelakkan daripada menyebarkan bakteria pada kulit kepala anda yang beoleh menyebabkan kelemumur yang teruk pada kulit kepala dan mengeluarkan bau yang kurang enak.

Sikat Rambut

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Selepas anda membuka hijab anda, sisir rambut anda terlebih dahulu dengan menggunakan sikat bergigi lebar untuk mengelakkan daripada rambut andagugur dengan banyak sewaktu anda mandi.

Cuci Rambut Secara Berkala

Anda tidak perlu mencuci rambut anda setiap hari. Rambut anda disarankan untuk dicuci selang sehari atau sebaik-baiknya sekiranya anda terasa kulit kepala berminyak ataupun gatal. Sambil anda mencuci rambut anda, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.

Cuci Rambut Dengan Air Sejuk

Semasa anda mencuci rambut anda, pastikan anda menggunakan air sejuk dan mengelakkan daripada menggunakan air suam atau panas. Ini adalah kerana ianya akan menjadikan rambut anda menjadi lebih kasar, kering dan susah untuk diurus.

Membilas rambut dengan air sejuk lebih baik agar dapat melembutkan kutikel rambut. Menggunakan air sejuk juga dapat mengembalikan semula kesegaran kulit kepala dengan lebih optimum.

Pilih Syampu Yang Sesuai

Pilih syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Ketika anda melakukan treatment di salun, anda juga boleh meminta nasihat daripada mereka untuk sebelum memilih syampu yang sesuai dengan rambut anda. Penggunaan syampu yang salah berkemungkinan akan mendatangkan masalah kepada rambut anda seperti kelemumur dan juga keguguran rambut.

Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Setelah anda mencuci rambut anda, pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum mengenakan hijab. Seelok-eloknya keringkan rambut anda secara semulajadi dan elakkan daripada membalut rambut dengan tuala. Elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut supaya rambut anda tidak mudah kusam.

Sekiranya anda tetap ingin menggunakan pengering rambut, gunakannya pada suhu yang lebih rendah atau keringkan sahaja di hadapan kipas.

Pastikan Rambut Kering Sebelum Memakai Hijab

Sebelum anda memakai hijab, anda perlu memastikan rambut anda sudah kering sepenuhnya. Rambut yang tidak kering sepenuhnya ini akan membuatkan helaian rambut menjadi berbuah. Rambut berbuah ini akan menjadikan rambut anda mudah kusut dan putus ketika menyikat rambut.

Oleh itu, selepas membasuh rambut, pastikan anda mengeringkan rambut anda terlebih dahulu sehingga kering sebelum memakai hijab.

Gunakan Perapi Rambut

Setelah anda menggunakan syampu, jangan malas untuk menggunakan perapi rambut. Sapukan perapi tersebut pada bahagian rambut dan jangan terkena pada kulit kepala. Sekiranya terkena kulit kepala, ia boleh membuatkan kulit kelapa anda cepat berminyak.

Gunakan Serum Atau Pelembab Rambut

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Anda juga digalakkan untuk menggunakan serum dan pelembab rambut sebagai satu penambahan penjagaan rambut yang anda boleh lakukan. Sapukannya beberapa jam sebelum anda memakai hijab atau pada waktu malam sebelum anda masuk tidur.

Jangan Ikat Rambut Yang Basah

Hal ini sama seperti tips di atas. Akan tetapi, mengikat rambut yang masih basah akan mengakibatkan perkara yang lebih teruk lagi. Rambut anda akan mengalami kerosakan lebih teruk. Hujung rambut anda akan menjadi rapuh dan seterusnya akan menyebabkan keguguran rambut yang teruk.

Biarkan Rambut Terurai Bebas Semasa Di Rumah

Ketika anda berada di rumah, seelok-eloknya anda biarkan rambut anda terurai bebas. Hal ini adalah kerana anda telah seharian memakai hijab. Lepaskan ikatan rambut anda dan sikat rambut dengan jari serta pastikan ianya menyentuh kulit kepala.

Dengan berbuat sedemikian, ia akan membantu peredaran darah pada bahagian kepala berjalan dengan lancar dan mendapat udara cukup buat mahkota anda.

Trim Hujung Rambut

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Berhijab bukan bermakna anda boleh mengabaikan segala penjagaan rambut. Sebaliknya, anda memerlukan lebih penjagaan ke atas rambut anda termasuklah juga trimming hujung rambut anda. Sama ada anda ingin menyimpan rambut anda sehingga panjang atau kekal pendek, rambut anda perlu dipotong sedikit pada bahagian hujung rambut setiap empat hingga enam minggu.

Trimming hujung rambut ini adalah untuk memastikan rambut anda tidak bercabang pada hujungnya dan kekal sihat sentiasa.

Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat

Bagai anda yang memiliki rambut yang panjang, kebiasaannya anda akan mengikat rambut terlebih dahulu sebelum memakai hijab. Elakkan daripada mengikat rambut anda dengan terlalu ketat. Sebaliknya, longgarkana ikatan getah rambut agar mampu untuk bernafas.

Atasi Masalah Rambut Sekiranya Ada

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Yang Berhijab

Akhir sekali, jika anda mempunyai masalah rambut, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan segera. Sekiranya anda tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan di salun, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk pilih syampu yang sesuai bagi kulit kepala anda ataupun anda boleh merawat rambut secara tradisional.