loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Style rambut pendek sejak kebelakangan ini nampak mempesonakan sehingga ianya menjadi trend bagi remaja kini lagi-lagi ramai selebriti Korea dan Amerika mengenakannya. Trend ini menyangkal pendapat bahawa sesiapa yang mengenakan gaya rambut pendek ini tidak akan nampak stylish. Sedangkan, dengan rambut gaya ini akan menampakkan anda lebih bergaya dan berani dalam berpenampilan.

Menurut pendandan rambut yang terkenal, Sally Hershberger, gaya rambut pendek ini sangat sesuai dengan seseorang yang memiliki bentuk wajah yang berisi kerana ianya akan membuatkan penampilan wajah dan rambut anda nampak lebih seimbang. Selain itu juga, dengan memiliki gaya rambut sebegini akan memberikan gambaran seseorang yang aktif, ‘outgoing’, berani dan juga ekspresif.

Kebiasaannya, wanita yang ingin menggayakan style rambut pendek ini adalah seseorang yang cepat bosan sekiranya dia mengenakan gaya yang sama dengan terlalu lama. Jadi, dengan memotong rambut pendek, dia boleh menggayakannya dengan pelbagai style. Akan tetapi, rambut style ini memerlukan lebih perhatian kerana ianya mudah berminyak dan nampak leper. Jadi, ianya perlu sentiasa dibasuh dan dijaga rapi.

Terdapat beberapa tips dan trik untuk anda mengenakan gaya rambut pendek ini supaya ianya sesuai dengan bentuk muka bulat anda. Gaya rambut updo sangat sesuai dengan anda kerana ia akan menambahkan panjang wajah anda. Sekiranya anda ingin mengenakan fringe, pastikan ianya berlapis. Style ombak atau keriting besar di bahagian bawah rambut yang pendek juga sesuai dengan wanita yang berwajah bulat ini.

Akan tetapi, banyak cara untuk anda tampil bergaya dan menyerlah dengan rambut pendek ini. Oleh itu, kali ini saya akan bagi tips dan gaya yang anda boleh kenakan untuk rambut pendek bagi anda yang memiliki bentuk wajah yang bulat supaya nampak lebih menyerlah.

Dread Curls

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Gaya rambut ini nampak sedikit moden dan chic. Gayakan ini nampak sangat sesuai dan cantik buat wanita yang memiliki muka bulat. Potongan rambut pendek dengan sedikit ikal lengkung pada bahagian bawah akan menyamarkan bentuk wajah bulat anda.

Rambut Pendek Simple

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Selain itu, anda juga mencuba menggunakan gaya rambut bob comel ini. Bob pendek yang sederhana dengan gaya blowdried dan dibelah ke satu sisi seakan-akan gaya rambut yang elegan dari tahun 50-an ini, boleh anda digayakan untuk nampak lebih mempesona. Warna hitam pekat sangat sesuai dengan gaya rambut ini kerana ianya menampahkan lagi vibe penuh misteri pada penampilan keseluruhan anda.

Potongan Bob Pendek Ala Orang Paris

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Style rambut bob pendek yang di inspirasikan dari Paris ini menampakkan anda lebih percaya dengan diri dan classy. Bahagian tepi yang sedikit serabut dan sebelah lagi disemat rapi membantu untuk menutupi wajah bulat dengan sempurna.

Bob Tocang Tepi

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Rambut pendek bob yang diikat tocang di tepinya ini nampak sedikit kasual dan sedikit lasak dan ianya sesuai dikenakan bagi anda yang mempunyai personaliti yang aktif.

Bob Dengan Fringe Tumpul

Wanita yang mempunyai wajah bulat seharusnya menghindari fringe yang tebal dan tumpul. Akan tetapi, sekiranya anda menggayakannya dengan betul, ianya boleh menyembunyikan muka bulat anda. Gayakan bob yang menyerupai surai singa dan wujudkan volume yang cukup tebal. Fringe yang dipotong lurus dan sedikit tumpul akan memberikan kesan tirus pada wajah yang bulat.

Swish Out Bob

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Jika anda sukakan gaya yang quirky dan fun, anda boleh mengenakan gaya rambut pendek yang ini. Potongan bob lurus yang betul-betul luar biasa dengan hujungnya berayun akan membuatkannya nampak sangat funky. Tambahkan potongan fringe yang lurus boleh menonjolkan lagi gaya swish out bob ini.

Bob Gaya 20-an

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Gadis pada tahun 1920-an merupakan pelopor gaya rambut pendek bagi wanita. Jadi, anda tidak perlu hairan sekiranya gaya ini menjadi pilihan ramai remaja kini. Potongan bob ala tahun 20-an ini adalah bob pendek dan bulat yang dipotong lurus. Tambahkan dengan fringe nipis untuk disesuaikan dengan wajah bulat anda.

Bob Dengan Tekstur

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Rambut bob dengan tekstur ini sangat sesuai dikenakan ketika anda ingin bercuti di pantai. Gaya rambut musim panas ini dipotong cantik seperti ombak di pantai dan dibelahkan di satu sisi agar nampak lebih chic dan seksi.

Bob Keriting Belah Tepi

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Bagi anda yang mempunyai rambut keriting semula jadi, apa kata anda mencuba gaya ini. Hanya perlu membelahnya ke satu sisi dan menghaluskan hujung garis rambut anda untuk nampak lebh menyerlah. Sekiranya anda berambut lurus dan ingin mencuba rambut keriting, ini mungkin gaya yang patut anda cuba.

Rambut Jambul

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Gaya rambut jambul ini sesuai untuk menampakkan wajah kelihatan lebih bujur. Gaya jambul ini dibuat dengan cara menyisirkan rambut anda ke belakang dan disembur banyak hairspray supaya nampak lebih glamor. Volume di bahagian atas akan mengimbangkan kebulatan wajah anda.

Balayage Panjang

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Bob panjang bahu yang dibelah tepi ini kebiasaannya digayakan setelah rambut pendek anda menjadi semakin panjang. Jadi, untuk menggayakan rambut pendek yang sudah kembali panjang, anda boleh mencuba gaya rambut balayage panjang ini. Ia juga dapat membantu menutup wajah bulat anda.

Shaggy Belah Tepi

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Potongan bob bertekstur dengan layer shaggy dan di belah tepi ini menambahkan volume di sekitar wajah yang bulat. Tambahkan juga fringe panjang yang diketepikan untuk menimbulkan impak tunjang untuk bentuk wajah bulat ini.

Pixie Dramatik

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Sekiranya anda memiliki wajah buat dan suka untuk bereksperimen denagn rambut anda, maka anda boleh menggayakan rambut pixie dramatik ini. Gaya rambut pixie yang dibentuk ke atas dengan mencukur di bahagian tepi ini membuatkan anda nampak lebih edgy dan seksi.

Bob Halus Dan Shiny

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Potongan bob pendek dan dibelah tengah serta dikilaukan dengan bantuan gel rambut ini sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin melindungkan pipi tembam anda.

Undercut Pixie

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Bagi anda yang mempunyai rambut keriting semula jadi, potongan rambut pixie tebal dengan potongan undercut di kedua-dua bahagian tepi ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Bob Asimetrik

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Bob asimetrik ini merupakan gaya rambut punk rock yang anda boleh cuba. Potongan asimetrik akan memberikan vibe yang lebih funky dan ceria. Ianya sesuai untuk anda yang berani dan aktif.

Gaya Kerinting Gantung

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Tips untuk style rambut pendek yang keriting untuk wajah bulat adalah bahagian keriting perlu terletak di bahagian hujung rambut bukan dari akar ke hujung. Ia akan menciptakan penampilan yang girlish dan feminin.

Edgy Pixie Dramatik

Tips Style Rambut Pendek Agar Anda Nampak Bergaya

Untuk menajamkan wajah bulat anda, anda boleh mencuba gaya edgy pixie dramatik ini. Pixie yang tebal dan edgy yang dibelah ke satu sisi secara dramatik ini boleh menampakkan anda lebih bergaya, berani dan aktif.

Itu dia beberapa style rambut pendek bagi anda yang memiliki wajah bulat boleh gayakan untuk kelihatan lebih menyerlah dan menawan.