loader image

Autoriti Informasi Wanita

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudara

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudara

Sesetengah individu bernasib baik kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat sejak dari kecil lagi. Akan tetapi, ianya tidak bermakna anda boleh leka dan mengabaikan usaha penjagaan badan untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Semakin usia meningkat, ketahanan badan akan menurun lagi-lagi sekiranya anda kurang mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah tidak mengambil pemakanan yang seimbang, tidak melakukan senaman dan juga sentiasa mengalami tekanan atau stress.

Kanser payudara merupakan antara salah satu pembunuh utama bagi wanita. Kanser ini menyerang wanita tidak kenal usia. Ini kerana, kebanyakan wanita yang menghidap barah payudara adalah pada usia kurang dari 50 tahun. Risiko kanser payudara ini boleh berpunca daripada sifat kekeluargaan dan genetik yang tidak boleh diubah. Secara umumnya, sekiranya wanita dalam keluarga anda pernah menghidap barah payudara, anda berkemungkinan akan mewarisinya.

Wanita yang kerap terdedah kepada radiasi setiap hari ketika berumur kurang daripada 20 tahun lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara. Selain itu, individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 atau obesiti lebih juga turut berisiko untuk menghidap kanser ini malah terdedah dengan risiko kematian. Wanita yang tidak pernah hamil atau hamil pertama kali lewat melebihi umur 30 tahun juga berisiko mendapat barah payudara.

Tetapi, anda boleh memperbaiki serta menjaga gaya hidup anda bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan kanser payudara ini. Menurut statistik negara tahun 2017, sebanyak seorang daripada 19 orang wanita berisiko menghidap barah payudara. Malah, apabila wanita disahkan menghidap kanser payudara, kira-kira 43% iaitu empat dalam sepuluh wanita sudah mencapai kanser tahap tiga dan empat.

Jadi, anda perlu melakukan beberapa perkara ini untuk mengelakkan dan mencegah daripada risiko barah payudara.

Makan Makanan Yang Sihat Dan Seimbang

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudaya

Untuk mengelakkan daripada risiko kanser payudara ini, anda perlu mengamalkan pola pemakanan yang sihat. Amalkan pengambilan serat kerana ia membantu untuk melancarkan pergerakan usus, mengelakkan masalah sembelit dan membantu menurunkan berat badan. Selain itu juga, makan makanan yang seimbang juga sangat penting untuk kesihatan dan kecergasan anda. Pilihlah makanan yang bernutrisi tinggi.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jingga seperti oren, lobak dan kentang manis sangat elok kerana ianya kaya denag vitamin A yang tergolong dalam nutrisi carotenoids. Bawang putih pula mengandungi asid allyl sulfide yang dapat membantu memantapkan proses kitaran sel-sel tubuh.

Selain itu, kacang walnut sangat kaya dengan omega-3 yang dapat membantu badan melawan sebarang penyakit radangan. Kajian mendapati kacang walnut berupaya memperlahankan pertumbuhan kanser. Ikan salmon juga kaya dengan omega-3 dan membekalkan protein yang baik untuk otot dan badan.

Lakukan Pemeriksaan Dengan Segera

Terdapat satu teknik yang kerap disarankan kepada semua wanita untuk mengesan sekiranya terdapat tanda-tanda awal kanser iaitu dengan melakukan ‘breast self-examination’ (BSE). Anda boleh melakukan pemeriksaan payudara ini sendiri secara rutin. Ia merupakan kunci utama untuk mengesan kehadiran barah ini. Ini kerana, hanya anda sahaja yang tahu perubahan bentuk payudara anda.

Anda boleh memeriksanya secara terperinci keadaan payudara dari luaran sama ada ketika mandi atau baring. Kaedahnya, picit dan periksa kesemua bahagian payudara, puting sehingga bahagian ketiak. Pastikan tiada ketulan, cairan dan perubahan kulit yang tidak normal.

Jaga Dan Kawal Berat Badan Anda

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudaya

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengalami berat badan yang berlebihan atau obesiti lebih berisiko berbanding wanita yang mempunyai berat badan yang normal. Kadar metabolisme yang seimbang juga penting untuk meningkatkan tahap kesihatan dan sekaligus mampu mencegah daripada penyakit kanser.

Cara untuk mengimbangkan metabolisme adalah dengan makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ianya dapat membantu metabolisme dalam badan membakar kalori sepanjang masa. Menurut kajian, ukur lilit pinggang dan nisbah pinggang-pinggul yang rendah berkesan untuk melindungi anda daripada diserang barah payudara.

Bakar Kalori, Lemak Badan Dan Kekal Aktif

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudaya

Gaya hidup yang aktif semestinya dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan anda. Bersenam untuk kekal aktif adalah cara yang paling terbaik untuk membakar kalori dan mengurangkan lemak badan. Dengan bersenam, anda bukan sahaja dapat kesihatan yang baik malah mungkin dapat mencegah daripada risiko kolesterol dan sakit jantung. Keluarkan peluh anda dan lakukan aktiviti bersenam secara rutin supaya badan anda menjadi lebih sihat.

Perbanyakkan berjalan kaki dan memilih untuk menaiki tangga berbandung menaiki lif. Dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan, anda akan mampu untuk mengawal kenaikan berat badan anda. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Berhenti Merokok Dan Pengambilan Minuman Keras

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudaya

Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawaa meroko sememangnya membahayakan kesihatan terutamanya kepada kaum wanita kerana anda akan lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara. Jadi, berhentilah merokok untuk menjaga kesihatan anda dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Wanita yang mengambil minuman keras dan minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi berbanding daripada wanita yang tidak mengambil alkohol. American Cancer Society menyarankan awanita yang terdedah kepada kanser payudara agar menahan diri dari minumal beralkohol. Ini kerana hanya dengan mengambil beberapa gelas alkohol setiap minggu sudah boleh menyebabkan barah payudara di usia tua.

Hindari Paparan Radiasi

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa asap kenderaan, penggunaan peralatan kesihatan seperti CT Scan boleh menyebabkan kanser. Terlalu banyak radiasi akan menambahkan lagi risiko kanser payudara.

Menyusukan Anak

Tips Untuk Mengelakkan Daripada Risiko Kanser Payudaya

Selain itu, wanita yang sudah berkahwin dan menyusukan anak secara ekslusif didapati dapat mengurangkan risiko menghidap barah payudara. Oleh itu, susukan anak anda dengan aktif untuk menjauhkan diri anda daripada menghidap barah payudara ini.

Jalani Ujian Klinikal

Seterusnya, anda juga boleh menjalani ujian klinikal. Kebiasaannya, apabila anda merujuk kepada klinik untuk mengesan barah payu dara ini, prosedur mammogram akan dilaksanakan. Ujiam mammogram ini adalah satu ujian imbasan yang berkuasa rendah seperti x-ray untuk mendiagnosis barah payudara. Ujian mammogram ini disarankan untuk dilakukan dua tahun sekali bagi mereka yang berumur antara 50-74 tahun. Ia adalah ujian yang dilakukan secara percuma oleh kerajaan disesetengah institusi dan disubsidi oleh kerajaan negeri serta NGO.

Dapatkan Rawatan Segera

Akhir sekali, sekiranya anda mengesan sebarang ketulan dan keadaan yang tidak normal pada payudara anda dan disekitarnya semasa anda membuat ‘breast self-examination’ (BSE), segeralah merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Kanser yang dapat dikesan lebih awal mungkin dapat meningkatkan peluang untuk sembuh dan mengelakkannya daripada terus merebak.