loader image

Autoriti Informasi Wanita

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid

Setiap orang memiliki bentuk mata yang berbeza-beza dan setiapnya memiliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Sebahagian besar wanita Asia seperti Jepun, Korea, China dan Malaysia sendiri memiliki mata sipit ataupun monolid eyes. Bagi pemilik mata sipit atau monolid ini, anda pasti kadang-kala mengalami kesulitan ketika ingin mengaplikasikan eyeliner atau eyeshadow di mata anda lagi-lagi untuk solekan penampilan harian anda.

Berbanding dengan orang yang memiliki double eyelids, wanita yang memiliki mata sipit ini sangat susah untuk mengenakan solekan yang sesuai dengan mata mereka. Jangan bersedih, kerana hari ini saya kongsikan trik make up khas untuk pemilik mata sipit dan monolid eyes ini.

Jangan Abaikan Penggunaan Primer Mata

Pertama sekali, mulakan solekan mata anda terlebih dahulu sebelum anda mekap kawasan wajah yang lain. Ini kerana, sekiranya berlaku kesalahan ketika anda mekap mata anda, ianya akan mudah untuk membersihkannya tanpa merosakkan kawasan wajah yang lain. Mempunyai mata yang monolid bermakna kelopak mata anda ‘terlipat’ ke dalam. Di sebabkan inilah eyeliner atau eyeshadow yang anda pakai sering kali smudging.

Jadi, untuk mencegahnya daripada smudging, anda perlu menggunakan primer mata sebelum memulakan solekan mata anda. Dengan memakai primer mata ini, bukan sahaja dapat mengelakkan smudging, malah ia juga membantu warna eyeshadow untuk kekal lebih lama dan nampak lebih menyerlah.

Buat Kelopak Mata Dengan Fake Crease

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid

Trik yang seterusnya yang pemilik mata monolid ini boleh aplikasikan adalah dengan membuat ilusi seolah-olah mereka memiliki lipatan kelopak mata menggunakan eyeshadow. Fake crease ini merupakan teknik membuat dimensi eyeshadow di mana ia akan mewujudkan lipatan palsu di mata anda. Ianya sama seperti membuat solekan cut crease bagi wanita yang memiliki lipatan kelopak mata yang jelas.

Bagi pemilik mata monolid, anda perlu membuat crease palsu kerana anda tidak memilikinya. Walaupun ianya memerlukan latihan yang banyak untuk mendapatkan crease yang sesuai dengan anda, namun hasilnya akan membuatkan mata anda nampak lebih besar dan seolah-olah mata anda mempunyai garis lipatan.

Cara lain yang anda boleh cuba untuk mendapatkan double eyelids palsu ini tanpa membuat fake crease adalah dengan menggunakan eyelid tape yang akan membantu memperbesarkan kelopak mata anda dengan segera.

Tambahkan Dimensi Pada Mata Anda

Selain itu, anda juga boleh membuat mata monolid anda nampak lebih berdimensi dengan memberikan highlight ataupun dengan menggunakan warna eyeshadow yang lebih terang pada bahagian kelopak mata anda.

Jangan lupa untuk memberikan highlight pada inner corner atau sudut bahagian dalam mata anda. Anda juga boleh menambah eyeliner putih di bahagian garisan bawah mata anda untuk memberikan impak besar di mata sipit anda. Untuk membuatkan mata anda nampak lebih menyerlah dan menonjol, gunakan shimmery eyeshadow pada bahagian tengah kelopak mata anda.

Gunakan Waterproof Liquid Eyeliner

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid

Bagi pemilik mata monolid, eyeliner dengan formula waterproof adalah pilihan yang paling baik untuk anda. Ini kerana, kelopak mata anda yang masuk ke dalam, tentu sekali akan merosakkan solekan mata anda akibat bergeser. Dengan menggunakan waterproof eyeliner, ianya akan lebih terletak dan agak sukar untuk smudge.

Sekiranya anda menggunakan eyeliner terlalu nipis, apabila anda membuka mata anda, eyeliner tersebut tidak akan kelihatan. Oleh itu, anda perlu meningkatkan tahap ketebalan eyeliner anda. Selain itu juga, anda boleh mencuba membuat tightline iaitu menggariskan eyeliner di sepanjang garis di bawah bulu mata anda bukan di atasnya. Tightline ini akan menambahkan kebesaran mata anda dan membuatkan bulu mata anda nampak lebih tebal.

Anda juga boleh mencuba menggunakan eyeliner yang berwarna putih ataupun beige untuk diaplikasikan di garisan di bahagian bawah mata anda. Penggunaan eyeliner yang terang ini akan membuatkan mata anda kelihatan lebih besar.

Jangan Takut Untuk Bermain Dengan Eyeshadow

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid

Walaupun anda tidak memiliki kawasan yang luas, mata monolid ini bukan alasan untuk anda tidak boleh kreatif dalam menggunakan eyeshadow. Anda boleh sahaja mengikuti trend solekan yang terkini. Dengan mata jenis ini, anda akan nampak cantik dengan solekan monokrom atau anda juga boleh bermain dengan menggunakan lebih daripada satu warna.

Gunakan Style Smokey Eye

Sekiranya anda tidak tahu untuk membuat solekan mata yang sesuai dengan mata anda, anda boleh gunakan style smokey eyes look ini. Smokey eye bukan bermakna anda harus memakai eyeshadow warna gelap sahaja, sebaliknya, anda boleh juga membuat smokey eyes menggunakan eyeshadow yang terang.

Jangan Lupa Untuk Gunakan Maskara

Trik Make Up Untuk Pemilik Mata Sipit Dan Monolid

Akhir sekali, bagi anda yang memiliki mata sipit dan monolid ini, penggunaan maskara juga merupakan alat solekan wajib yang anda perlu ada. Ini kerana, penggunaan maskara ini akan memberikan kesan volume dan akan membuatkan mata anda kelihatan lebih lebar dan besar.

Itu dia trik dan tips untuk pemilik mata sipit dan monolid boleh gunakan apabila anda ingin menggunakan solekan mata. Setiap tips ini sangat penting untuk menaikkan lagi seri mata anda supaya nampak lebih menyerlah. Cara solekan mata mengikut bentuk mata yang salah akan membuatkan mata anda nampak lebih garang dan sukar untuk didampingi.